Sunday, May 18, 2014

Alicious Recipe : Halal Chai Tow Kway

Aku dah lama tahan diri bau Chai Tow Kuay ni kat JB, kat pasar malam KL memang ada la chinese buat no lard... dia mostly tak ada daging tapi minyak babi tu ada.. lepas tanya tanya uncle sini sana ... aku pun ce la... ni recipe buat sendiri semalam .. sebab basic bahan aku dah tau


Warning : this recipe is for Muslims, not to compare with the real recipe... and obviously since I prefer sweet and dark char kway... ... however this recipe may omit the dark soy and sugar for white version .... <had a sudden crave for sago char pulak ni damn>


Bahan - Bahan untuk kuih lobak kukus:
sebiji lobak putih (Sagat) aku dapat la 150gm lohbakk putih
200gm tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum 
1 sudu kecil garam 
4 cawan air tapis
minyak masak 2 sudu


Bahan - Bahan untuk tumis kuih lobak: 
3-4 sudu minyak kacang tanah 
2 sudu besar bawang putih 
2 sudu besar  lobak asik... rendam air seketika tak payah bilas sangat..
200gm udang  buang kulit
2-3 biji telur depends pada saiz.. yang aku pakai dalam gambar ni double A

2 sudu sambal tumis bilis baki baki 
1 sudu besar sos tiram
1 sudu light soy
1-2 sudu dark soy

1 sudu besar udang kering direndam dan di cincang halus.

(Kalau tak ada light /dark soy.. pakai je kicap masin adabi ke kicap manis .. kalau kicam masin tambah la gula... kalau kicap manis .. buat tak taw je ok ... )
1 sudu black treacle atau 1 sudu kecik gula 
1-2 titik minyak bijan


untuk buat kuih lobak goreng:
1. Sagat lobak, masukkan lobak yang disaggat kedalam periuk bersama dua cawan air , renih dalam 10 minit ... bagi rasa pede dia hilang... kalau kau makan raw benda ni  lidas sikit.. tu nak hilang kan ... padam kan api biarkan sampai suam


2. Dalam masa yang sama blend la semua tepung, garam dan minyak masak tadi dengan dua cawan air.. aku pakai bland sebab  malas wei ... masukkan dalam mangkuk masak lobak tadi . on balik dapur dah tu kacau je sampai likat


3. Masukkan dalam loyang  yang telah diminyakkan, aku kukus dalam 25 minit je , pastu masuk oven 100 darjah celcius selama 20 minit..... sejukkan semalaman ... semalam tak sampai dua jam aku sejukkan 

4. Bila dah sejuk potong la ... empat empat segi dah tu goreng sampai agak garing... jangan berangan cam aku .. ada je ter lebih garing.


Ni hasil gorengan 


5. sementara kuali panas kan masukkan udang sekejap je ... tak lebih  30 saat pun 



 6. tumis 2 sudu bawang putih dan 2 sudu lobak asin dalam bekas minyak udang tadi.. ye aku dah tukar kuali .. n aku men tipu goreng kat non - stick pan tadi .. dah tu  ehmmm goreng bukan nak bagi bewarna , tapi sekadar naik bau  (masukkan udang kering kat sini kalau mahu)


7. dah naik bau maka masukkan kuih lobak yang telah di goreng tadi dan udang .. kacau rata terus 

8 . pecahkan telur 2-3 biji .... bagi  30 saat baru pecahkan kuning dia


9. kacau rata telur tadi dengan bahan bahan lain

10. sebab aku nak pedas sikit  dan versi char kway yang ada dark soy dan sikit manis makan,  campukan  baki sambal bilis  semalam .. dalam dua sudu cam tu... aku campur sos tiram 1 sudu, kicap cair 1 sudu , dark soy 1 sudu ( kalau tak ada light and dark soy pakai je kicap masin 2-3 sudu atau kicap manis... kalau pakai kicap manis jangan tambah gula atau black trycle) dan ya satu sudu kecik brown sugar.. 


11. tuang sos tadi atas bahan di goreng ... campur sebati, then , masukkan tauge dan daun bawang ...
 padam kan api seterusnya titikkan minyak bijan satu-dua titik kacau rata... saki baki panas dari kuali dan chai tow kway akan masakkan sikit tauge tu ... 



 acara hi tea bermula lepas siap masak ...





 tadi lunch hour duk la google google.. dapat lah jumpa video and link recipe ... dia claim dia punya authentic.. thus yelah mudah sikit korang nak rujukkan ni recipe dia : http://kitchentigress.blogspot.com/2013/04/chai-tow-kway.html

ni pulak video dia : 


4 comments:

  1. nak try pas ni. sedap gile... pnh try kt kedai blakang unitar

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu selamat mencuba.. dah lupa dah wujud blog ni.. thanks ingatkan haha

      Delete
  2. Tq tq.. dah lama cari resepi chai yow kway yang halal ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lobak asik tu lobak asin.. typo .. pemalas memang cam tu >..<

      Delete

jangan lupa kalau suka kat post post ini sila derma dengan klik iklan nuffnang disebelah kiri anda