jawapan dia senang sahaja .. aku ada bawang blend dan lada kering blend dah siap dalam peti ais... p.s aku selalu guna bawang kuning but bawang merah pun ok
Untuk bawang blend:
6 biji bawang merah/kuning
1 labu bawang putih
1 biji cili hijau
1 biji cili kering
cara-cara: kalau boleh ambil masa untuk hiris sebelum masuk blend.. kalau malas pun tak apa, masuk, blend dengan air sejuk, simpan dalam bekas yang bersih, masuk secepat mungkin dalam peti ais, walaupun akan digunakan sekejap lagi, dan gunakan sudu bersih setiap kali; untuk memastikan kita tidak contaminate bawang tersebut...
untuk cili kering blend:
250gm cili kering kerinting (kurang pedas tapi beri pekat yang di kehendaki)
250gm cili kering tak berapa nak kering.. lol untuk pedas la... pe pun rujuk pix atas ni..
untuk sambal yang sedap, sebelum anda masak cili di atas, sila lah ambil masa untuk buang biji. rebus, dan buang airnya, blend dengan air panas, simpan secepat mungkin kedalam peti.. untuk tahan lama sila guna sudu bersih sentiasa
kalau family kamu memang suka pedas melampau.. guna lah yang pedas punya... dulu boleh la.. sekarang ibunda beta ada Ulcer perut.. so kena la sacrifices makan pedas pedas terpaksa makan pedas ketika di luar sahaja
untuk mereka yang selalu tanya kenapa sambal kami berbeza... ini jawapan dia..... p.s ada orang suka tambah halia... tapi bagi saya halia boleh ditambah kemudian sebab tak semua lauk sedap ada halia :D
No comments:
Post a Comment
jangan lupa kalau suka kat post post ini sila derma dengan klik iklan nuffnang disebelah kiri anda