sebelum tu... jom tgk gambar sambal + lempeng ni dulu... bwahahhaha
bahan-bahan:
2 - 3 cawan tepung
1 biji telur
air secukupnya
cara-cara:
campurkan air, telur dan tepung, masukkan air sedikit dahulu, sehingga adunan tersebut cair ... tapi jangan lah cari sangat pulak... tgk 2 gambar bawah.... dengan menggunakan penapis kasar, tapiskan adunan tersebut untuk membantu menghilangkan gelembung tepung, gunakan adunan yang telah ditapis juga untuk mencairkan baki gelembung tepung tersebut... takkan nak buangkan.. membazir...
sila adjust kecairan sehingga boleh menggelek adunan tersebut didalam kuali menjadi lempeng setipis lempeng dibawah...
sila abaikan gula perang didalam lempeng... mak aku suka makan lempeng manis dengan sambal tumis ... maka sebab aku tak suka gula putih aku guna gula perang.. terima kasih pada 2 kawan aku Guido & Robin dari Netherland yang ajar aku makan crepe dengan gula perang (air untuk adunan boleh la digantikan dengan susu untuk crepe ya)
sebelah kiri nampak macam lempeng sedikit gelap dari kiri sebab ada inti gula merah
lagi gambar lempeng
cara menggoreng:sapukan kuali dengan minyak,
dengan menggunakan senduk yang agak besar, cedok adunan tersebut, gelekkan kuali anda, goreng lempeng tersebut sehingga kering, terus gulung atau, anda boleh biarkan seketika sehingga sedikit keperang perangan .. jika suka
makan dengan sambal bilis paling best, kari dan asam pedas pun sodap
selamat mencuba dan jom makan :D
No comments:
Post a Comment
jangan lupa kalau suka kat post post ini sila derma dengan klik iklan nuffnang disebelah kiri anda