Sunday, February 12, 2012

Alicious recipe: Sambal tumis bilis

tak ramai boleh buat sambal tumis sedap, setiap orang ada cara dia yang tersendiri, ada yang suka ada bawang hiris ada yang suka sambal tumis mereka super kering, ada yang suka masam masam... rumah aku... cuma masin dan manis...


bahan bahan:

4 sudu bawang blend
segengam ikan bilis putih
air
5/6 sudu  minyak masak
1 Sudu besar gula perang/brown sugar
1/2 Sudu besar garam
1/4 sudu kecil ajinamoto (jika anda guna)
 cara cara:
1. goreng dahulu ikan bilis, ketepikan.
2. tumis bawang blend dengan garam dan ajinamoto sehingga naik bau dan warna kuning keperang-perangan.
3. masukan cili kering blend
4. tumis sehingga warna sambal bertukar merah gelap, jika masih seperti gambar di atas anda mungkin masih memerlukan 5 minit lagi, kacau dengan consistant

5. bahagian paling rumit adalah untuk mendapatkan consistency sambal tumis macam mak mak kita dulu.... setakat ni aku jumpa sorang je kawan yang boleh masak sambal ala ala aku Aida Husaini.. p.s sambal dia lagi sedap dari aku... pfft sebab sambal dia ada asam jawa.... owh bapak Doria masak sedap, dia guna limau kasturi...

ok habis mengarut...anda perlukan  hampir 1/4 sehingga 1/2 cawan air, kalau suka , letak lah air limau kasturi sebiji besar, atau sedikit asam jawa, atau jika untuk asam pedas guna limau nipis....

dengan api yang paling kuat ... tangan kanan sentiasa mengacau, sambil masukkan air secara pelahan-pelahan untuk mengekalkan kaler dan kepekatan.. kalau dah jadi macam gambar atas tadi.. sila lah keringkan semula... wallah ni dia: nyum nyum tak?

6. Masukkan gula, tambah jika anda suka sambal yang pedas manis


No comments:

Post a Comment

jangan lupa kalau suka kat post post ini sila derma dengan klik iklan nuffnang disebelah kiri anda