Monday, August 6, 2012

Alicious Recipe: Deep Fried Squid in Salted Egg

sotong goreng tepung bersama telur asin. sebenarnya masak ni sama je macam masa butterprawn ala lapan kati .. bezanya dia ada extra 1 ingredient  hurm bila pening tak boleh tido.. kalau study pun apa pun tak masuk... since dah lama sangat tak update blog so update la...

 Bahan Bahan:
4 ekor sotong hitam serdahana besar
1 biji telur
Tepung ubi/kentang/jagung/biasa (yang mana ada dalam rumah)

untuk sos:
6 tangkai cili api
2 tangkai daun kari
1 ulas bawang putih di ketuk
5 sudu butter atau majerine
garam secubit... depends sengan butter /majerine tu kalau dah masin tak payah
3 biji kuning telur asin di hancurkan

campur dalam cawan:
1 sudu susu pekat manis + 1 sudu susu cair + 1 sudu besar chicken stok... sebab aku tak ada yang serbuk punya .. so pakai yang ni je...


pertama sekali gaulkan sotong tersebut bersama telur

jangan masukkan tepung sekali masukkan satu satu dalam bekas yang dah berisi tepung ... sebab kalau boleh tak nak basah sangat sotong tu.. harini pakai 3 tepung... saya campur tepung jagung dengan tepung ubi bersama 1 sudu tepung beras....  kadang kadang nestum pun ok gak.. biasa la recipe kat kedai tu semua sama je ... nama je gempak.. udang nestum la... apa la oat la ... ok dah habis membebel


ni lah rupanya... light kan... sebab nanti sebelum goreng kena goncang sikit sebelum masuk kuali supaya tepung berlebihan tidak merosakkan keadaan minya


harini kat umah dah tinggal sikit je minyak akibat tak sempat nak redeem minyak masak kat esso lagi.... tahun ni dapat sikit je.. since tukar kereta memang tak banyak sini minyak lol.. maka point terkumpul tak bergitu memberangsangkan... haritu dah redeem dua... rasa sebelum raya ni boleh dapat lagi dua kowt 


ok lepas dah goreng agak kekuningan tu ... carikan butter , bersama satu ulas bawang putih yang dah di ketuk tuk tuk

 bila dah mula ada bubble macam dah nak membuak tu.. masukkan telur asin

 tunggu membuak lagi baru masuukan cili api dengan daun kari dan bahan yang dicampurkan didalam cawan tadi... 

 akhir sekali bila dah mula membuak lagi masukkan sotong... kacau habis rata.. dan hidangkan... wallah sedap kan...



okay apa pun ... recipe ni boleh pakai untuk udang , ketam, dan ayam ... selamat mencuba.. owh lupa lak... tgk video bawah ni.. lebih kurang je... cuma dia tak letak susu...



baru jumpa lagi satu

No comments:

Post a Comment

jangan lupa kalau suka kat post post ini sila derma dengan klik iklan nuffnang disebelah kiri anda