Monday, May 21, 2012

Alicious Recipe: Sizzling Japanese Tau-foo with out the hot plate :(

okay... aku suka gila makan menu ni kat DAMAI seafood ... kat lapan kati pun ok.. tapi cuba gak nak buat sendiri... 


Bahan-bahan:
2 tiub tahu telur/japanese taufoo
4 ulas bawang putih dadu halus
50-100gm ayam cincang (jika mahu)
1 biji cili merah - buang biji dan dadu halus
sedikit halia
2 cendawan shiitake kering di rendam dan di hiris
1 biji telur dipukul dengan 1 sudu air 
1 sudu besar tepung jagung
1-2 pokok daun bawang -hiris halus

Bahan-Bahan sos:
dalam mangkuk campurkan
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar air
1/4 sudu kecil serbuk lada putih
beberapa titis minyak bijan


1. mula-mula goreng dulu tahu tersebut sehingga garing
2. untuk sediakan sos
a. tumis bawang putih, lada dan halia sehingga naik bau.
b. masukkan semua bahan sos bersama cendawan shitake yang telah direndam dan di hiris. ketepikan setelah mendidih (kalau nak masukkan ayam cincang kasar.. ini lah masanya... salam 50gm cam tu)



sebab tak ada hotplate.. panaskan bekas lauk yang tahan panas.... masukkan telur yang telah dipukul tadi.. ratakan telur tersebut ... biarkan seketika sehingga separuh masak

masukkan tahu yang telah digoreng


sebelum masukkan sos tadi.. masukkan tepung jagung yang telah di gaul rata dengan air... baru tuangkan ke atas tahu dan telur tadi... hiaskan dengan daun bawang... makan dengan nasi beras wangi panas

 jika kurang rasa masin.. tambahkan sos cair  dan gaul rata


sama tak?

No comments:

Post a Comment

jangan lupa kalau suka kat post post ini sila derma dengan klik iklan nuffnang disebelah kiri anda