Wednesday, May 16, 2012

Alicious Recipe: Malaysian Fusion Capellini al nero di seppia

Alicious Recipe: Malaysian Fusion Capellini al nero di seppia (Pasta Capelini masak dakwat sotong hitam)

asalnya terfikir nak buat pasta sendiri.. sebab sepatutnya didalam pasta tersebut juga terdapat ink sotong hitam.. walaubagaimanapun... sebab Ibu saya boleh terima sesetengah jenis pasta sahaja maka terpaksala.. fikir jenis masakan yang sesuai.. kalau dirumah orang lain kebanyakkan sambal sotong, ink sotong akan di buang tapi tidak dirumah saya.. di situ saya ambil inspirasi untuk membuat recipe pasta ini

(Ditulis Khas untuk adik Hafeez yang jauh diperantauan... macam tak sesuai pulak bagi resipe pasta.. patut sambal tumis ke apa ke ye)

Bahan - Bahan:


5 ulas bawang putih, mayang (aku suka bawang putih biasa pakai sampai 10 biji)
1 ekor sotong hitam saiz besar atau dua saiz kecik (kalau boleh lain kali masak simpan kantung dakwat sotong sebab perlu 3-4 baru cantik.. kalau tak .. tak cantik macam bawah ni)
2 sudu besar bawang blend/tumbuk
1 sudu besar cili giling
2 sudu besar marinara sauce/ tomato puree (1 sudu besar + 1/4cawan pati sayur atau air)
1 sudu besar kecil italian spice.. kalau tak ada basil cukup secubit dua (sila abaikan bahan ini jika guna sos sedia siap di pasaran= guna sahaja tomato speghetti kimball.. saya cadangkan basil and garlic)
beberapa hiris lada benggala
sedikit parsley kalau ada.... flat/Italian parsley
secubit black papper
1-2 sudu besar Parmesan cheese.. kalau suka.. kalau tak.. garamkan secukupnya
garam yang banyak untuk pasta

Cara-cara:


masak pasta 1/3 kotak capellini didalam air garam yang secukupnya mengikut arahan dibelakang kotak

tumiskan bawang putih sehingga keemas-emasan, masukkan bawang blen.... tumis sehingga sedikit kekuning kuningkan








masukkan cili giling tumis sehingga naik minyak, masukkan sos tomato dan Italian herb/basil
(marinara/puri/sos spaghetti ).. tumis sehingga naik minyak
setelah naik minyak.. masukkan kantung dakwat sotong tumis sehingga rata baru masukkan sotong dan lada benggala... jangan kacau dahulu kerana sotong jika telalu masak akan keras kejung
masukkan pasta.. gaul rata .. pastikan api kuali di kecilkan ... 


masukkan cheese jika suka, taburkan parsley pada ketika ini jika ada... yummm

letak atas pinggan

 taburkan sedikit lagi cheese kalau mahu

huhu lapar balik sudah.... 





 saya sentiasa gunakan jenama ini.. tapi jika mahu pasta yang betul betul ada tanda halal dari JAKIM Malaysia.. gunalah jenama Agnesi
San Remo pula dia ada pasta untuk kaki diet.. wholewheat dan gluten free...  tapi capellini rasa san remo tak ada.. kureng sikit guna jenama ni sebab too starchy .... agnesi ok kowt... 

Nota Kaki: 
kalau boleh langsung tak nak letak tomato paste.. mesti macam sambal sotong kat umah.. yumm yummm

Recipe Asal:
http://italianfood.about.com/od/fishsauces/r/blr0053.htm


No comments:

Post a Comment

jangan lupa kalau suka kat post post ini sila derma dengan klik iklan nuffnang disebelah kiri anda