Thursday, May 1, 2014

Alicious recipe: ayam masak serai

Ayam masak serai ni sangat sama dengan ayam masak lengkuas. Orang bugis makan dengan lepat luih (walaupun kebanyakkan bugis semenanjung makan dengan asam pedas ikan parang) .
Lauk ni sedap makan dengan nasi beras wangi atau pun pulut


Bahan bahan :
1 ekor ayam saiz kecil serdahana
1 biji bawang besar paling besar ada. 2 kalau kecil (blend)
1/2 labu bawang putih (blend )
3 batang serai yang besar (blend)
3 inci lengkuas (blend)
3 inci kunyit (blend)
2 biji lada merah 3 kalau nak pedas (blend)
1 biji lada hijau (blend)
1 keping kecil asam keping
Garam dan secubit gula
1/2 biji kelapa parut
Daun kunyit dan daun limau purut





Cara cara :
1. Goreng ayam yang telah dipotong untuk  kekal kan kemanisan ayam.  Tak perlu garing kecuali memang suka ayam liat sedikit

2. Kisar bahan yang di lable blend dan tumis didalam minyak bekas goreng ayam tadi sehingga garing. Untuk cepat kan process. Masukkan garam ketika ini. Lebih kurang 3/4 sudu kecil agaknya. 


3. Masukkan ayam dan asam keping. Gaul sebati kemudian masukkan santan dari 1/2 biji kelapa tadi



4. Masukkan secubit gula. Masak sehingga kuah tadi keluar minyak. Tak perlu sehingga kering . Masukkan daun kunyit dan limau purut setelah

Siap boleh la makan

No comments:

Post a Comment

jangan lupa kalau suka kat post post ini sila derma dengan klik iklan nuffnang disebelah kiri anda