Thursday, May 1, 2014

Alicious recipe : garlic prawn

Garlic prawn ni makan time tengok bola pun cun. Tapi saje buat meratah .

Bahan bahan:
3 ulas bawang putih di hiris halus
3 ulas bawang putih di cincang halus
1 sudu chili flakes kalau tak ada guna satu biji lada kering hiris halus
2 sudu butter
300-500 gm udang laut (buang kulit jika mahu) gaul dengan sedikit garam dan lada hitam
1/4 lemon atau 1/2 limau nipis
Daun sup cincang halus
Olive oil





Cara cara:
1.Goreng hirisan bawang putih hingga kekuningan


2. Masukkan serbuk lada kering 
3. Masukkan udang 




4. Bila udang kelhatan separuh masak. Masukkan bawang putih cincang. Perah limau nipis . Lemon kalau ada. Masukkan satu sudu butter dan separuh dari daun sup 


5. Matikan api , masuk dan gaulkan satu sudu butter dan daun sup baki
Masa masak mastikan api burner pada kadar max dan masa memasak udang tidak lebih 5 minit.
Makan bergitu sahaja. 










Baki Boleh rebus pasta dan gaul kemudia tabur keju parmesan atau makan dgn roti bakar

 Udang hilang manis bila terlalu lama di masak

No comments:

Post a Comment

jangan lupa kalau suka kat post post ini sila derma dengan klik iklan nuffnang disebelah kiri anda