Saturday, April 26, 2014

Alicious Kitchen: BROWNIES

Harini update log pasal Ernie nak recipe brownies.. memang tak sempat la nak edit gambar ... cam ne pun ni recipe brownies tersebut 

Bahan-bahan: 


150 gm of Unsalted Butter - dinyah sejuk
200gm Bittersweet Chocolate atau semi sweet kalau suka manis
1 cawan gula
2 tsp of Vanilla Extract
¼ tsp of Salt/ secubit pun ok
1 Tbsp Cocoa Powder
2 Telur saiz AA/A
2 Tbsp of warm Water
1 tsp of Instant Espresso Powder 
2/3 tepung gandum pelbagai guna 

Nuts, chocolate chips , butter scotch chips, oreos Dll as per required 

Cara Cara:

1. Pukul gula dengan telur sampai kaler cam ni la cam ni

2.Masukkan butter , vanila, serbuk koko dan serbuk kopi (sebenarnya air panas dua sudu kat atas tu untuk guna dengan serbuk kopi tu ... oleh kerana aku punya serbuk kopi instant sangat halus... jadi.. pemalas masuk terus)

3. Masukkan melted choc .. cam ne nak melted kan.. antara pakai microwave atau ...gunakan teknik bain-marie/double boiler.. leh google .. ada ni teknik ni... 

sila abaikan gambar aku pakai dark choc sebab tak suka manis sangat.. but boleh la proceed dengan recipe di atas 

 4. Masukkan tepung

5. dah selamat gaul segalanya time ni la nak masuk kacang ke apa ke... boleh pelbagaikan.. nak masuk oreo crumble boleh... tapi biasa kalau kacang kacang tabur je kat atas.. lelagi kalau pakai almond flakes , walnut, aku nya favorite pistachio, macadamia, dengan Brazilian... susah dapat stock ni .. 

cam aku .. sebab tadi pakai dark chocolate ... masuk la agak segengam  milk chocolate chips dengan butter scotch chips... memang jenama hersey terbaik.. tapi kalau nak jimat pakai yang biasa je.. aku pakai la segengam gitu .. boleh la buat dalam 6 -8 brownies satu packet 200gm tu


 6. masuk dalam baking tray bake pada suhu 165 Darjah 45 minit....

7. nilah hasilnya 

8. Biasa nak bagi bagi orang potong la 36 , single bite cam tu ..  dah jemput makan .. k bye


2 comments:

  1. babe..ni resepi sama ko bg dulu eh? pan 8x8inch?

    ReplyDelete
  2. Aha sama. Cuma method lain . Method follow mcm kau buat .

    Dulukan dump je semua. Jadi brownies tak tinggi. Kalau pakai 8x8 potong jadi 25 cun. Just right. Pakai 9x9 potong 36 baru tinggi jadi mcm dulu yang aku buat dgn fydayu

    ReplyDelete

jangan lupa kalau suka kat post post ini sila derma dengan klik iklan nuffnang disebelah kiri anda