Monday, May 28, 2012

Alicious Recipe: Sotong Halia Cili Api

dik kerana tak leh nak puasa di bulan rejap yang best ni.. aku pun kelaparan lepas hantar Kek En Ayie... fikir punya fikir punya fikir.. rasa macam nak makan sesuatu yang boleh menyebabkan perut extremely panas...

teringat kak fidd... nak mintak recipe.. rasa dah kesekian kalinya mintak.. nak pakai recipe sotong halia biasa... rasa tak dapat la panas perut.. tapi akhirnya pakai gak recipe sotong halia biasa... cuma.. segalanya di tumbuk... hohohoiiii mari kita mulakan


Bahan-bahan:

Halia sebesar ibu jari
20 biji cili api kampung
2 sudu bawang blend 
1 sudu kecil kunyit garam
garam secukup rasa

Tumbuk halia dan cili api dahulu

 masukkan kunyit garam dan bawang blend.. kacau rata


 tumis minyak + bahan bahan sehingga separuh garing

 masukkan sotong .... matikan api setelah 30 saat... sotong tak boleh terlebih masak.. kalau agak agak selama ni makan .. sotong tu rasa liat... maksudnya memang terlebih masak

 Makan dengan nasi panas.. huhuhu .. mana garam? biasa la garam adjust sendiri



Tahukah anda... kebiasaannya jika ada baki saya goreng semula dengan nasi... waaa yum yum X 150 ok

No comments:

Post a Comment

jangan lupa kalau suka kat post post ini sila derma dengan klik iklan nuffnang disebelah kiri anda