Wednesday, August 8, 2012

Alicious recipe: Mak Kimchi (Updated)

cakap pasal updated.. bukan pasal apa macam macam recipe dah cuba.. letak raw oyster... letak sotong dah peram... tapi lepas dah rasa kat dua tiga tempat.. termasuk la beli satu tab kimchi kat super market... dah la mahal rasa macam tak berbaloi.. lagi pun aku suka sangat fresh kimchi cuma  kalau makan hari hari memang la muak.. dah lepas lepas dah terlupa tu baru la sibuk cuba buat soup atau pancake kan sebab rasa fresh tu dah berubah......


bahan bahan:

1 +- kg Kobis panjang
1/2 batang lobak merah -hiris halus
2 rumpun kecil kucai -hiris satu inci
1 batang daun bawang - hiris bulat
1 batang daun leek -hiris serong
1 cawan serbuk lada
timun abaikan
segengam garam


bahan-bahan bubur manis (A):
1/4 cawan tepung pulut
1/4 cawan tepung beras
masakkan bersama 3 cawan air... tambah jika pekat masukkan
1/4 cawan gula

bahan perasa -kisarkan (B):
8 ulas bawang putih
0.5 cm halia
1/2 cawan sos ikan
1/3 labu bawang


potong kecil kecil kobis tadi.... lumurkan dengan garam.. balik balikkan setiap beberapa minit selama 30 minit. selepas 30 minit... cuci sebanyak  tiga kali... toskan


campurkan 1/2 bahan A dan B bersama hirisan carrot, daun bawang, daun kucai dan daun leek, gaulkan sama rata
selepas di gaul, tambah kan sos ikan jika kurang masin, dan jika terlampau masin tambahkan sedikit demi sedikit bubur tadi, saya suka pedas... jadi masa ni pun sibuk tambah sikit lada serbuk


gaulkan bersama kobis tadi, rasa sekali lagi dan cuba adjust sehingga masin , pedas dan manis serasa... jgn manis sangat tak sedap :D biar lebih pedas dan masin 


gaul rata lagi... henyak dalam tupperware kedap udara.. terus simpan dalam peti ais....  nikmati ikut cara anda sendiri... sedapnya fresh kimchi... lama lagi ni baru boleh start buat soup... atleast 2 minggu

okay selamat mencuba sampai pecah bibir :D

No comments:

Post a Comment

jangan lupa kalau suka kat post post ini sila derma dengan klik iklan nuffnang disebelah kiri anda