Wednesday, September 5, 2012

Alicious Recipe: Resipi Bryani/Bariani Batu Pahat

Adeh sebenarnya dah lama nak tulis recipe bryani ni .. tapi tak cukup gambar untuk buat bahan but since Adik Hafeez nak maka cuba la jugak tulis... apa pun step pertama yang mesti buat adalah buat bawang goreng....

Bawang  Goreng:

mayang:
12 ulas bawang merah kecil/shallot/french shallot
5 ulas bawang putih

  • Goreng dalam minyak macam biasa



    sehingga garing... asing kan separuh... separuh lagi biarkan dalam kuali dengan minyak



    -------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Lauk bryani Kambing/Lembu


    Bahan-Bahan:

    - untuk bahan bahan kena ikut bahan yang mana so
    bilih salah satu:
    • 1 ekor ayam di belah empat dan di goreng dengan minyak
    • 1 kg daging kambin atau 1 1/2 kg rusuk kambing
    • 1 kg daging lembu bahagian berlemak 

    1 tin susu cair
    2 cawan minyak sapi atau 1 cawan minyak masak dan 1 cawan minyak sapo


    Kisar Bahan A: 

    1 biji bawang
    5 ulas bawang putih
    2 biji lada hijau 

    Kisar Bahan B:

    2 biji tomato segar
    1 cekak daun pudina
    1 cekak daun ketumbar
    1 cekak daun bawang

    bahan kering: 5-6 sudu besar rempah bryani

    cara memasak:

    1. sangai kering rempah bryani seketika... jgn hangus cukup untuk naik bau 




    2. Masukkan bahan blend A dan B kedalam periuk
    3. hidupkan Api dan masukkan bahan mentah  lembu atau daging




  • 4. masukkan rempah bryani
    5. okay part ni tricky sikit.. ikut rasa hati ok kalau kat rumah sini, kami suka nasi bryani md shah so guna 1/4 botol sos tomato
    tapi tau orang kl ramai suka bryani power .. so diaorang pakai tomato puri dalam 3 sudu besar.... kalau nak rich... kena ada dua dua... so dalam 5 sudu sos tomato + 2 sudu tomato puri


    6. masukkan minyak sapi dalam 1 1/2 cawan... kalau nak buat bryani ayam tadi masukkan satu cawan minyak bekas goreng ayam tadi bersama 1/2 cawan minyak sapi

    7. Renih rehingga mengeleggak lebih kurang 30 minute dengan api serdahana
    8. Masukkan susu cair  kalau dia akan off sikit macam masa korma... tapi renih lagi sehingga pekat semula... kacau setiap beberapa minit tapi kalau masih nampak kurang bryani boleh tambah sesudu dua lagi rempah bryani


    9 Masukkan bawang goreng yang ada dalam kuali dengan minyak minyak dia sekali
    (MASA NI LAH MASUKKAN AYAM YANG DAH DI GORENG... KALAU BRYANI AYAM LA.. LAU MALAS GORENG MASUKKAN JE MASA DAH SIAP MASUK SUSU CAIR TADI)


    10 renih lagi dan padamkan api... serasakan garam, ajinamoto... kalau pakai tomato puri masukkan 1 sudu gula... tapi mungkin lebih sikit... kena agak agak serasa dengan tekak 

    11 Masukkan lagi 1/2 cawan minyak sapi... jangan risau.. memang nampak minyak banyak... tapi untuk masak nasi sekali minyak ni


    Nasi Bryani
    so saya ada gambar ni je nak show off hahahaha 

    bahan-bahan:

    1 kg Beras basmathi
    1 packet rempah tumis (lebih kurang 2 batang kayu manis, 3 bunga lawang, 6 cengkih, 10 lada putih , 4 biji buah pala/cardamom)



    cara cara:

    1. Masak air dalam 7-8 cawan air bersama rempah tumis dan 2 gengam garam sehelai-dua helai daun pandan



    2.  Masukkan beras dan masakkan separuh masak... nak tau kena rasa beras tu... dah lembut tapi masih berati lagi kat tengah... dalam 9 -10 minit je masak dia

    3.tapiskan

    4. Mula sekali abaikan gambar bawah... sebab masa tu pening je kowt.. masuk minyak sapi dulu... untuk masak nasi ni.. ambil periuk nasi
    • masukkan 4 senduk nasi ratakan
    • segenggam bawang goreng  dan rata kan di atas nasi tadi

    • segenggam daun pudina dan ratakan atas nasi dan bawang goreng tadi
    • ni optional (kismis kuning +  badam slice goreng + gajus )
    • masukkan satu senduk minyak dari lauk tadi.. curi sikit rempah... dan kalau ada daging yang terhancur 
    • 1/5 susu cair ratakan di atas nasi

    ulang process ni sampai semua bahan dah habis macam ni



    5. pastikan periuk nasi sentiasa bertutup... kalau boleh sebelum tutup periuk cari satu tuala dapur cover penutup  dia ... mesti masak sampai semua wap berhenti... jangan sampai hangus pulak... lepaskan 

    6. masukkan pewarna bila dah siap masak... jgn letak satu periuk.. letak sesudu dua dalam 5-6 tempat... sebab tak nak semua berwarna kecuali masak nasi dengan safron....

     jangggggggg dah siap jom makan... adeh.. lupa pulak .. dah tengok gambar baru teringat ada dua sambal

sambal 1: (biasa ada kat bryani power / byrani shahab- Skudai)

5 biji lada merah buang biji
3 ulas bawang putih

tumbuk sampai hancur... tambah satu sudu kecil garam, satu sudu kecik gula, 1 sudu besar tomato sauce, 1 sudu besar chili sauce

Sambal 2: (Biasa ada kat kedai nasi arab :P)

2 biji lada hijau
2 biji tomato
setengah biji bawang
secekak daun ketumbar
1/2 biji bawang

blend semua dalam pengisar .....



jangan lupa makan dengan dhal




gambar tambah nasi pun ada >.<




No comments:

Post a Comment

jangan lupa kalau suka kat post post ini sila derma dengan klik iklan nuffnang disebelah kiri anda