Saturday, December 15, 2012

Alicious Recipe: Egg Fried Rice

owh dah lama tak tulis.. lama betul.. rasa macam sekejap je masa berlalu...  ni bagi tau .. bahan yang tak ada tomato sahaja... huhu baki nasi memang tak patut buang so dua hari ni asyik goreng nasi je ... semalam nasi goreng kampung ibu.. harini egg fried rice... ada satu lagi egg fried rice bawang goreng.. insyaAllah kalau ada rasa nak makan nasi goreng bawang goreng aku tulis lagi
Bahan-bahan:
2 cawan nasi sejuk
satu biji telur
8 ekor udang
1 ulas bawang putih
1 pokok daun bawang di hiris halus
1-2 sudu light soy
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar minyak bijan
1 biji tomato di hiris jika ada
 Cara-cara:
 
Gorengkan udang jangan sampai masak hanya untuk ambil sedikit bau udang masuk ke minyak

keluarkan udang.... masukkan bawang putih dan telur... kacau telur didalam kuali seolah olah seperti buat telur hancur sebelum kering masukkan nasi sejuk tadi kacau rata... masukkan sebiji tomato di hiris jika ada


masukkan daun bawang , lada sulah dan kicap cair

goreng garing dan sebelum padamkan api masukkan minyak bijan

untuk aku


untuk ibu
owh aku tak nak pakai garam masa goreng telur tu so ... masuk kicap lebih sikit.. kalau tak suka lada sulah boleh kurangkan.. tapi egg fried rice ni penyebab naik bau memang lada sulah dan minyak bijan... aku sangat suka .. kalau arwah ayah aku ni mesti dia letak satu sudu butter... tapi aku tak suka.. sebab dah ada dua jenis minyakkan

No comments:

Post a Comment

jangan lupa kalau suka kat post post ini sila derma dengan klik iklan nuffnang disebelah kiri anda