Orang Johor selalu kena perli sebab sebut epok epok.... kawan kawan uthm yang duk study Neural Network.. up grade kepada Epoch Epoch ... tapi aku memang suka sebut epok epok sebab lepas tu... mesti student aku cakap.. cik ni .. epok epok tu apa? karipap la cik... reason/sebab
untuk instruction macam mana nak jadikan dia pusing.... tapi harini nak cerita inti dia.. aku buat tak macam kedai yang cuma tumis bawang lepas tu hancurkan sardin tambah cili kering ... aku cerita inti karipap aku je la ek.. so ... lagi satu... optional la kalau nak letak halia... tapi aku tak suka sebab halia buat rasa sardin bukan sardin... jadi kalau nak korang letak la dah aku tau ni inti karipap tapi memang tak ada kari
Bahan Bahan:
1 tin sardin yang besar... aku guna jenama Ayam Brand la
1 labu kecil bawang besar (dadu kecil)
1/2 biji lada merah (dadu kecil)
1/2 biji lada hijau (dadu kecil)
1 sudu kecil serbuk lada kering
1/4 cawan carrot (dadu kecil kemudian celur )
1/2 cawan kentang (dadu kecil kemudian celur )
1/4 cawan broccoli (dadu kecil kemudian celur )
Cara-Cara:
1. Tumis bawang dengan lada merah dan hijau sampai naik bau
2. Masukkan sardine
3. masukkan kentang dan carrot yang telah di celur, letak sedikit garam
4. keluarkan dari kuali ... baru hancurkan dan gaulkan brokolli dan serbuk lada kering kedalam sardin yang telah dimasak tadi
Mula menguli dan buat karipap
No comments:
Post a Comment
jangan lupa kalau suka kat post post ini sila derma dengan klik iklan nuffnang disebelah kiri anda