Tuesday, January 15, 2013

Alicious Recipe: Bird's eye chili fried rice

Alicious Recipe: 
Nasi Goreng Cili Api (Ayam)

Masalah kegilaan dengan cili api memang tak dapat nak bendung. dah lama gila tak layan tekak sebab ibu tak makan pedas dan ibu tak suka ayam. Biasa nasi goreng kampung yang ikan bilis tu je tak pun ikan masin... memang favorite... tapi semalam teman Erny makan nasi goreng kampung cili api tak ada bilis tu rasa cemburu gila... dia bagi la rasa sesudu dua segan pulak.... balik je terus masak
Bahan-bahan:

2 Cawan Nasi
1/4 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
20 Biji Cili api
1 batang kacang panjang potong kecil
2 sudu lobak merah yang di didadu kecil
60-100 gm isi ayam
1/2 batang kek ikan
1 sudu stock ayam meggi
1 biji telur yang telah di pukul (jika mahu)

1. tumbuk halus bawang besar , bawang putih dan cili api, dan sediakan bahan bahan yang lain

 

2. Pastikan nasi sejuk, campukan dengan kacang panjang dan lobak merah bersama satu sudu stock ayam, kacau rata untuk cerai ceraikan nasi tersebut


3. Tumiskan bahan yang di tumbuk sehingga naik bau, jangan garingkan... cukup sekadar layu , masukkan sedikit garam (agak agak)

4.Masukkan ayam dan kek ikan , sehingga ayam masak

 5. masukkan nasi campuran tadi kacau rata, kemudian masukkan telur jika mahu (untuk recipe ni rasa setengah biji telur dah di pukul cukup letak telur tu di sekeliling nasi sehingga separuh masak baru campurkan dengan nasi) rasa untuk kali terakhir ... serasakan dengan garam ... sedia untuk di makan.. yum yum.. owh lagi satu... minyak kena banyak kowt... dalam 3-5 sudu besar... suka sangat nasi goreng kaler hijau cam ni...

GORENG SAMPAI SEDIKIT GARING, dalam 5 minit api besar ... kacau semangat semangat :D

Gambar sebelum digaringkan

Selepas di garingkan

No comments:

Post a Comment

jangan lupa kalau suka kat post post ini sila derma dengan klik iklan nuffnang disebelah kiri anda