Tuesday, June 5, 2012

Alicious Recipe: Kari Kepala Ikan

Masih tunggu ibu balik  dari masjid.... tak ada mood nak buat benda lain so i guess blogging will help...

hoho yup kari ikan di malam hari ... oleh kerana ibu gi masjid tak boleh la iftar sama sama.. so makan roti... sambil masak-masak

Bahan - Bahan: 

Kepala ikan saiz serdahana di belah dua
4 Sudu besar bawang blend
halia sebesar ibu jari
3 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu besar serbuk kari daging
4 sudu tomato sauce
2 tangkai daun kari
1 biji lada merah (untuk hiasan)
1 biji lada hijau (untuk hiasan)
3 biji bendi (tak cukup sila tambah...)
4 ulas bawang kecil -mayang (warna purple muda bukan purple tua.. label biasa french onion)
3 ulas kecil bawang putih  -mayang
1/2 cawan air
1 cawan santan sedahana pekat


Tumiskan bawang blen dengan halia sehingga kekuningan.. jangan sampai garing

masukkan rempah kari ... 

tomato sauce...  ye agak pelik tapi sedap .. betul.. kalau tak nak jugak ganti dengan sebiji tomato kalau tak nak jugak... ok fine

masukkan kepala ikan dan daun kari 

masukkan santan ...cairkan kepekatan mengikut citarasa anda dengan air.. saya suka kari yang pekat.. so saya letak cuma 1/2 cawan air... kadang kadang sampai 3/4 cawan.. tengok mood ....  kacau seketika.. kalau tgk aku masak dua dua belah... tapi sebab aku tinggal dengan mak.. ini cara aku untuk jimatkan masa dari masak banyak kali terutama kalau aku sibuk buat kerja dan aku terpaksa tinggal kan ibu.. asing kan satu kepala dalam glasslock terus masuk dalam freezer... 

goreng bawang kecil dan bawang putih untuk dijadikan bawang goreng

masukkan lada untuk hiasan.. bawang goreng

mesti korang tanyakan kenapa bendi asing.. sebab aku nak pastikan lauk tak cepat basi... maka ini cara dia...  kenapa 3 .. huhu sebab aku dengan ibu je la makan

rebus asing ..... angkat terus masukkan dalam kari 

kacau seketika.. dan masukkan dalam bekas lauk... wallah... siap kari harini


untuk yang di simpan dalam freezer tu.. kalau dah masa nak makan cuba tinggal panaskan letak sikit air.. buat semula bawang goreng baru dan bendi baru...