bahan bahan:
1 +- kg Kobis panjang
1/2 batang lobak merah -hiris halus
2 rumpun kecil kucai -hiris satu inci
1 batang daun bawang - hiris bulat
1 batang daun leek -hiris serong
1 cawan serbuk lada
timun abaikan
segengam garam
bahan-bahan bubur manis (A):
1/4 cawan tepung pulut
1/4 cawan tepung beras
masakkan bersama 3 cawan air... tambah jika pekat masukkan
1/4 cawan gula
bahan perasa -kisarkan (B):
8 ulas bawang putih
0.5 cm halia
1/2 cawan sos ikan
1/3 labu bawang
potong kecil kecil kobis tadi.... lumurkan dengan garam.. balik balikkan setiap beberapa minit selama 30 minit. selepas 30 minit... cuci sebanyak tiga kali... toskan
campurkan 1/2 bahan A dan B bersama hirisan carrot, daun bawang, daun kucai dan daun leek, gaulkan sama rata
selepas di gaul, tambah kan sos ikan jika kurang masin, dan jika terlampau masin tambahkan sedikit demi sedikit bubur tadi, saya suka pedas... jadi masa ni pun sibuk tambah sikit lada serbuk
gaulkan bersama kobis tadi, rasa sekali lagi dan cuba adjust sehingga masin , pedas dan manis serasa... jgn manis sangat tak sedap :D biar lebih pedas dan masin
gaul rata lagi... henyak dalam tupperware kedap udara.. terus simpan dalam peti ais.... nikmati ikut cara anda sendiri... sedapnya fresh kimchi... lama lagi ni baru boleh start buat soup... atleast 2 minggu