Friday, March 8, 2013

Alicious Recipe: Roti naik berinti

Bahan- bahan:

400gm tepung gandum biasa
100gm tepung naik sendiri
150ml susu (aku pakai dutch lady full cream)
1 Biji Telur
3/5 cawan gula 
3 sudu susu pekat
60gm butter
30gm vegitable shortening
1 packet ibu roti/yeast mauripan 

chocolate chip dengan kismis .. aku pakai buah tin
aku tak pakai bread improver  ke, ovalette ke atau tepung roti... 

Cara-cara:


1. Campurkan 150ml Susu, 100ml Air panas, susu pekat dan kacau rata... lepas susu pekat dah larut masukkan yeast, vegetable shortening , butter dan tepung naik sendiri

2. Bila dah confirm yeast tu hidup berbuih macam ni .. masukkan gula dan telur kacau rata dan masukkan semua tepung dan uli... memang melekit sebab ni roti lembut kan

Biarkan dalam sejam sampai dia naik sekali ganda 

lepas sejam agak agak la nak bahagi bahagi kan berapa

bentukkan bulat bulat .. aku bahagi 6 tapi lebih baik bahagi 9... almaklumla pakai tray cake je... menyesal pun ada sebab tak reti sangat lagi kan nak budget kalau pakai pan cam ni

so dua aku buat kosong
dua chocolate chip
lagi dua aku potong kecik kecik buah tin 


Biarkan Sejam dekat tempat yang agak panas sampai dia naik cam ni.. depends la korang nak buat cam ne atas tu.. tak letak apa apa pun okay

ini la penyebab penyesalan tak bahagi sembilan.. dia sankut kat tepi  tray tu

eh lupa lak
bakar pada suhu 180... aku 170 sebab oven tu memang pelik sikit .. panas sangat
selama 20 minit

bila keluar oven.. sapu terus mentega  bagi dia berkilat dan biar sejuk

No comments:

Post a Comment

jangan lupa kalau suka kat post post ini sila derma dengan klik iklan nuffnang disebelah kiri anda