Friday, March 8, 2013

Alicious Recipe: Mee Racun

Maaf tak ada gambar... sebab masa cuba recipe tu tak budget la nak post ke apa.. tapi ada orang request so  .... terpaksa tulis.. later kalau buat lagi tinggal slot gambar je ... ni recipe sendiri la maaf kalau tak berapa nak terrer tapi kat tekak rasa mungkin macam ni la dia masak



1/2 kg mee kuning - Letak dalam penapis... curah air panas... tos dan biarkan
1/2 kg tulang kambing rebus hingga empuk

Bahan Tumis:
4 Sudu Bawang Blend
3 Sudu Besar Cili Blend 

Bahan bawang goreng:

3 ulas bawang kecil mayang halus
3 ulas bawang putih mayang halus

Bahan kuah:
5 Sudu Besar sos tomato
5 Sudu Besar sos cili
1 Sudu Besar serbuk lada sulah
1 Sudu Kecil serbuk lada hitam

1 bj kentang di hiris dan direbus sampai empuk

Gula dan garam agak agak

Telur Dadar - dalam dua biji telur

50gm sawi - celur
50gm kobis - celur

Cara Cara:

1. Goreng telur dadar dulu asingkan
2. Goreng bahan bawang goreng sehingga kekuningan lepas tu angkat letak tepi
3. Dengan Minyak yang sama (Penting ni :P) tumis bahan tumis sehinggan naik bau
4. Masukkan bahan kuah bersama 2 cawan air rebusan tulang tadi ... renih la kejap sampai dia nampak dah pekat balik kalau rasa pekat sangat tambah lg sikit ... masukkan garam dengan gula... ni pun budget sendiri...
5. Masukkan tulang tadi renih lagi sikit sampai agak nampak kuah tu dah sebati kat tulang kambing tu... . tu je .


Masa nak serve tu saya buat macam ni
masukkan mee dalam mangkuk, Masukkan hirisan telur dadar.. saya bahagi empat telur dadar tu.. so boleh la makan sikit sikit , tabur bawang goreng dan sawi ... curahkan kuah panas di atas... tu je.. depends dengan kuah jela nak lembut kan mee.. tak gemar sangat mee terlalu lembik dan sayur telalu masak.. lagi pun kalau nak simpan kuah senang... Selamat mencuba

lupa pulak.. ada kobis kan... tapi tak masuk time tu.. tak minat sangat.. kobis tu pun contribute rasa mee racun.... kalau malas nak celur.. step ke lima tu masukkan sekali sawi dengan kobis







No comments:

Post a Comment

jangan lupa kalau suka kat post post ini sila derma dengan klik iklan nuffnang disebelah kiri anda