Tuesday, March 13, 2012

Alicious Recipe: Mee Tumis Pemalas/ Mee air rebusan daging

okay khas untuk mak mak.. ye aku perasan aku dah macam mak mak orang dah .. terkejar sana sini satu hapa pun tak berapa nak perfect...
anyway... aku nak share satu recipe ni.. dinamakan mee tumis pemalas.... sebab entah... nak kata hailam tak ada lada putih dengan banyaknya.... tapi memang serius addictive sebab perencah dia je
bahan-bahan untuk mee:

1 cawan daging dihiris halus
1 cawan udang telah di kupas
1/2 cawan sotong masukkan tepung jagung dan gaul rata
3 sudu minyak masak
1 biji bawang besar didadu halus
3 ulas bawang putih .. didadu halus... err dadu ke? kalau finely minced? apa ye?
500gm mee kuning (letakkan mee kedalam penapis besar.. tuang air panas... goncang goncang sedikit... tuang air sejuk .. untuk pastikan dia tak kembang.. ini boleh kurangkan rasa kapur dan minyak yang banyak)
4 cawan air rebusan daging
2 cawan sawi hijau
3sudu besar kicap, 4 kowt ok
1 sudu kecil tepung jagung
lada sulah lebih kurang 1/2 sudu kecil.. lebihkan jika suka

Mee ni kalau makan macam tu je ada sikit tak lengkap, oleh itu berikut adalah bahan bahan untuk lada jeruk sepantas kilat:

bahan bahan lada jeruk (cara: masukkan semua bahan dalam bekas dan tutup rapat):

3 biji lada hijau di hiris halus
6 biji cili api merah di hiris halus
2 sudu cuka
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu gula
1/5 cawan air panas

CARA-CARA MASAK MEE:
tumis kan bawang besar dan bawang putih bersama minyak... jangan garing sngat cukup sekadar kekuningan. masukkan air rebusan daging dan kicap. Setelah mengelegak masukkan daging , sotong yang digaul dengan tepung jagung tadi dan sawi, tunggu seminit, masukkan mee + udang terus padamkan api.... saya tak suka udang terlampau masak sampai keras kejung macam orang lain dan mee kuning yang kembang.. sebab udang tak perlukan masa masak yang lama.... bergitu juga sotong... tapi untuk hilangkan hanyir sotong kena masukkan awal sikit... lastly lada sulah.. garam jgn lupa kalau tak cukup masin... pepandai la adjust ek....... wallah kacau sekejap sebelum masukkan mee tersebut  kedalam bekas dan makan dengan lada jeruk yang banyakkk... owh sedapnya musim sejuk sejuk  ni ... tak dapat sambal kicap makan mee tumis pemalas dah cukup nyaman :D Selamat Mencuba

p.s kadang kadang letak juga lada putih... tapi selalunya tak.. kalau nak ... pun boleh :D

No comments:

Post a Comment

jangan lupa kalau suka kat post post ini sila derma dengan klik iklan nuffnang disebelah kiri anda