Thursday, March 22, 2012

Alicious Recipe: Love pavlova for Pavlova lovers



hohohoiiii seperti yang dijanjikan pavlova..... tajuk ni kena salahkan pada commis commis yang datang membantu, belanja dan comel



Bahan-bahan untuk meringue pavlova:

3 Biji telur guna Putih sahaja
9 sudu kecil gula
1 sudu besar cuka
1 sudu besar tepung jagung

3 sudu kecil gula untuk satu biji putih telur.. tak kira la besar mana tapi harini kita buat
3 biji putih telur maka 9 sudu kecil gula



untuk whipped cream.. biasa nya guna yang kotam purple bawah ni tapi .. harini guna 2 cawan whipped cream dari kotak kiri ni... tak perlu gula sebab ni adalah artificial cream

 ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

cara-cara:


pukul putih telur sehinga separuh naik


masukkan gula, pukul lagi sehingga berkilat, masukkan tepung jagung dan cuka
 



bentukkan meringue suka hati je nak bentuk apa.. sebagai contoh harini kita buat bentuk love


bakar selama 20 minit agak agak lor.. temperature ikut la biasa orang buat 170 masa panaskan kurangkan ke 150 darjah lepas meringue dah masuk dalam oven.. so oleh kerana saya pakai oven lama tak de set temp tak ada timer.. maka men tibai guna timer HP pun ok. berikut adalah gambar bila meringue dah keluar dari oven 


 lama tu 20 minit tunggu so kita pukul la whipped cream kita tadi dulu sebab bukannya leh letak pun whipped cream atas pavlova panas so kena tunggu pavlova sejuk lagi ... pavlova hangus =.=""

buat cam bawah ni taw masa pukul.. law boleh mangkuk tu masuk freezer jap



pukul sampai naek.. eh ni gambar whipped cream ke? 
 
masukkan dalam peti ais dulu

bila pavlova dah sejuk dah maka masa untuk assemble  semua bahan dah siap
 

berikut adalah gambar awesome pavlova dah siap



 


terima kasih untuk commis commis dan supplier supplier tersayang.. muaksss sekali.. + thanks kirimkan muffin untuk .... :) macih.. kenangan terbaik setakat ini <3 ... thanks dayang, alin ngan jaja



 
 
 

Thursday, March 15, 2012

Alicious Recipe: Mee Wonton Goreng

Ilmiah palagiat dari wikipedia:
 Wonton noodles [Mandarin: Yun-tun mian; Cantonese: Wan-tan Min], sometimes called wanton mee ("wanton" is a Cantonese word for dumpling while noodles in Hokkien is "mee" or in Cantonese, "min") is a Cantonese noodle dish which is popular in GuangzhouHong Kong,SingaporeThailand, and Malaysia. The dish is usually served in a hot broth, garnished with leafy vegetables, and wonton dumplings. The types of leafy vegetables used are usually kailan also known as Chinese kale. Another type of dumpling known as shui jiao is sometimes served in place of wonton. It contains prawns, chicken or porkspring onions with some chefs adding mushroom and black fungus.


harini konong konon nak bawak bekal.. aku memang rajin beli mee wantan yang peket medium... 300gm kalau tak silap dulu pertama kali aku makan wantan adalah fish ball mee "Yu yuan mian" tapi masa aku pergi kelas MCTS kat midvalley selama 3 minggu tu.. tak kurang 6 kali aku makan kat noodle station..  mesti nak order 10.. walaupun dah order thai basil chicken ke apa...

menu No.10 Thai style springy noodle


BAHAN BAHAN
Satu packet mee wantan segar (300gm kot), di rebus didalam airpanas selama 1 minit (stir constantly supaya tak melekat)... di tapis... siram dengan air sejuk di gaulkan bersama dengan 1 sudu besar  
 5 ulas bawang putih di cincang halus
1/2 biji lada merah di hiris halus
1 sudu besar udang kering di cincang halus
4 sudu besar minyak kacang
1/4 cawan udang
1/2 cawan ayam di hiris halus
1 sudu kecil serbuk lada
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 cawan tauge di siang akarnya
4-7 sudu kicap cair
1 sudu minyak bijan


Cara Memasak - tumis bawang putih, lada , dan udang kering  , tidak perlu garing cukup sehingga naik bau ...... masukkan ayam ... kacau selama satu minit, masukkan udang, mee yang telah di rebus dan di salut dengan minyak bijan. sentiasa kacau , mee akan garing dan tak melekat pada kuali..  setelah mee sedikit garing masukkan kicap cair... rasa mee tersebut, jikalau kurang masin sila tambahkan... sebab lepas ni nak masuk tauge dengan daun bawang lagi....
hahahahahha masukkan tauge dan kalau ada daun bawang sila racik dan masukkan sekali.. padamkan api dapur ... masukkan 1 sudu minyak bijan dan kacau rata

 Yeay Siap pun bekal

hidangkan bersama cili api merah potong halus yang direndam didalam kicap soya cair...

kalau nak lebih cun tabur sikit serbuk lada merah untuk lebih menarik perhatian



Tuesday, March 13, 2012

Alicious Recipe: Mee Tumis Pemalas/ Mee air rebusan daging

okay khas untuk mak mak.. ye aku perasan aku dah macam mak mak orang dah .. terkejar sana sini satu hapa pun tak berapa nak perfect...
anyway... aku nak share satu recipe ni.. dinamakan mee tumis pemalas.... sebab entah... nak kata hailam tak ada lada putih dengan banyaknya.... tapi memang serius addictive sebab perencah dia je
bahan-bahan untuk mee:

1 cawan daging dihiris halus
1 cawan udang telah di kupas
1/2 cawan sotong masukkan tepung jagung dan gaul rata
3 sudu minyak masak
1 biji bawang besar didadu halus
3 ulas bawang putih .. didadu halus... err dadu ke? kalau finely minced? apa ye?
500gm mee kuning (letakkan mee kedalam penapis besar.. tuang air panas... goncang goncang sedikit... tuang air sejuk .. untuk pastikan dia tak kembang.. ini boleh kurangkan rasa kapur dan minyak yang banyak)
4 cawan air rebusan daging
2 cawan sawi hijau
3sudu besar kicap, 4 kowt ok
1 sudu kecil tepung jagung
lada sulah lebih kurang 1/2 sudu kecil.. lebihkan jika suka

Mee ni kalau makan macam tu je ada sikit tak lengkap, oleh itu berikut adalah bahan bahan untuk lada jeruk sepantas kilat:

bahan bahan lada jeruk (cara: masukkan semua bahan dalam bekas dan tutup rapat):

3 biji lada hijau di hiris halus
6 biji cili api merah di hiris halus
2 sudu cuka
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu gula
1/5 cawan air panas

CARA-CARA MASAK MEE:
tumis kan bawang besar dan bawang putih bersama minyak... jangan garing sngat cukup sekadar kekuningan. masukkan air rebusan daging dan kicap. Setelah mengelegak masukkan daging , sotong yang digaul dengan tepung jagung tadi dan sawi, tunggu seminit, masukkan mee + udang terus padamkan api.... saya tak suka udang terlampau masak sampai keras kejung macam orang lain dan mee kuning yang kembang.. sebab udang tak perlukan masa masak yang lama.... bergitu juga sotong... tapi untuk hilangkan hanyir sotong kena masukkan awal sikit... lastly lada sulah.. garam jgn lupa kalau tak cukup masin... pepandai la adjust ek....... wallah kacau sekejap sebelum masukkan mee tersebut  kedalam bekas dan makan dengan lada jeruk yang banyakkk... owh sedapnya musim sejuk sejuk  ni ... tak dapat sambal kicap makan mee tumis pemalas dah cukup nyaman :D Selamat Mencuba

p.s kadang kadang letak juga lada putih... tapi selalunya tak.. kalau nak ... pun boleh :D

Saturday, March 10, 2012

Alicious Recipe: Roti Bakar Keju

hoh malam malam macam ni boleh pulak budak Noh Hussien ni sebut pasal Sandwich... oleh kerana malam... aku suka sangat buat satu roti bakar ni....  

bahan-bahan:
*sekeping Roti.. saya pakai gardenia 
*satu keping keju cheddar jenama emborg memang favorite aku
*lada bengala kalau tak nak pedas/cili api kalau mahu pedas
-garlic butter.. kalau mahu
-smoked chicken ham... terbaek kat M'Sia ni guna ayamas

1. Kombinasi bawah ni mula mula roti pastu keju, pastu siat chiken ham, lepastu cili api lepastu .. sikit garlic butter, masukkan dalam toaster oven.. pilih api atas dan bawah.. atau kuali.. mulakan dengan bawah dulu akhir baru masakkan sekejap permukaan atas

owh ho ho rupanya sama je dengan atas.. beza.. tak ada garlic butter , dan lada benggala campir sekali dengan cili api

tapi chicken ham selalu tak ada ... kalau ikut resepi omputeh la kan.. sapu butter kat dua keping roti.. masukkan keju ditengah tengah permukaan yang tidak disapukan butter.. goreng tanpa minyak sebab butter dah cover... tapi sebab kengkonon dah banyak lemak.. pakai jela satu keping.. tapi .. konon konon la :D selamat mencuba.. jangan jadi macam saya.. kul 3 pagi je bangun.. gosok mata buka peti ais.. keluarkan keju dan cili api.... masuk dapur... bakar... huhuhu :D

Alicious Recipe: agar agar custard

Custard is a variety of culinary preparations based on a cooked mixture of milk or cream and egg yolk
ni ofcoz aku amik dari Enchik Wikipedia

mungkin tak ramai tau recipe ni .. tapi saya sarankan untuk anda mencuba...agar agar ni memang dari kecil menjadi kegemaran saya

bahan bahan:

1 paket agar-agar
1 liter air
1 tin susu sejat
3 biji telur
 1/2 ++ cawan gula


campurkan satu paket agar-agar bersama satu liter air... 

 renihkan sehingga mendidih

 sementara menunggu proses didihan air bersama agar agar tersebut
kacau telur + susu sejat dan 1/2 gula seperi di bawah, letakkan pewarna kegemaran anda..campuran ini di panggil custard

angkut bahan mendidih tadi keatas meja.. dengan menggunakan baloon whisk.... masukkan custard kedalam mangkuk bahan yang didih tadi... whisk dengan laju supaya tiada ketulan telur seperti scramble egg... rasa kemanisan agar agar tersebut... kalau kurang manis sila tambah sehingga menepati tekak anda 

tapiskan adunan kedalam acuan> kalau rajin la.. kalau tak tuang je dalam adunan yang cun. saya juga asingkan sedikit kedalam acuan kecil tapi tak sampai hajat nak sampaikan :( bagaimanapun

setelah 30 minit.. kalau boleh satu jam keatas... keluarkan dari acuan.. kalau mahu .. kalau tidak... potong je dalam acuan tersebut.... agar agar ni memang sesuai untuk dijadikan pencuci mulut ketika hari panas terik... agar agar ini lembut... tidak keras.. omputeh kata "Melt in your mouth" selamat mencuba :D ... minggu ni je dah 3 kali buat :D



Saturday, March 3, 2012

youtubeRECIPE: Chocolate Chiffon Cake

Sebab kadar kesedaran diri.... aku cuba la nak buat kek yang tak terlalu dense.... kek yang aku buat selalunya dense + terlalu moist... semua sebab aida... so akak ipar cadangkan pakai je la kek sponge biasa.. aku pun prefer chiffon so youtube punya youtube jumpa la ni:



skip la beberapa minute... korang leh tgk video atas ni untuk reference 

Bahan bahan:
5 Biji Telur
80gm Gula
1/4 cup Minya
3tbs/40g Susu
1.5 tbsp Koko
20ml vanila 
100gm Tepung
1 ts Jus Lemon



Bahan Kiri dalam gambar:  20gm sugar + susu suam + koko + vanila + kuning telur... kacau cam biasa
masukk tepung sikit sikit

Bahan Kanan dalam gambar: pukul putih telur dengan 60 gm sugar + lemon juice (aku tak pakai)

campur "kiri" dan "kanan" sikit sikit


oleh kerana tak jumpa bekas aluminium ibu aku tu.. jumpa yang ni je maka aku pakai la bekas ni.. tak tau la untuk agar-agar ke apa

seterusnya gambar step by step masak:




Lepas di bakar dalam oven 160 darjah selama 40 minute ye 40 sebab aku rasa dah cukup lama.. nak keep dia moist aku keluarkan as soon as dia dah tak melekat dekat lidi


garnish la dengan melted chocolate ganache :D .. sedap gila (ok aku perasan hahahaha)