Thursday, February 23, 2012

Eating Healthy: Cold Egg Sandwich



apa nama dia dalam Bahasa Malaysia.. kalau boleh tolong translate maka.. bantulah saya ye.... ok .. apa pun oleh kerana aku percaya pada artikle ni http://www.dressings-sauces.org/mayonnaise.html so bagi aku ni sihat... :P bukan untuk mereka yang diet...  sebab aku memang tak diet... cuma sekarang hadkan makan fast-food... dulu suka suka hati bila nak makan mcD, KFC.. sekarang seminggu sekali je kowt... tu pun kira banyak.. tapi tak sebanyak dulu la... ok

cerita mengarut pun dah banyak... sebelum apa apa resipe ini untuk dua orang .. walau pun aku makan sorang :D bawak bekal ni memang payah sikit nak kurang makan.. sebab sambil buat kerja sambil mengadap makanan depan mata

bahan-bahan:

1 biji telur rebus
1/4 cawan buah tomato didadu halus (buang biji)
4-8 helai daun salad romaine atau sayur minyak atau ice-burg lettuce
1 sudu besar mayonnaise
1 sudu kecil yellow mustard heinz (optional)
1 sudu kecil thousand island
4 keping roti

(kalau tak ada yello mustard + tousand island... tambah kan saja mayonnaise 1 sudu besar... sama je kan :D)

 huh nak amik gambar salad dah tinggal sikit pulak =.=""

cara:
potong dadu semua sayur dan telur, masuk dalam mangkuk
masukkan mayo, thousand island dan mustard, kacau


terus sapu ke atas roti... lebih lama dalam mangkuk ... bahan bahan akan lebih berair ...
 biasa letak sehelai sehelai ni sebab nak jadikkan bekal.. kalau tak.. saya potong halus...

ni untuk harini ini..... tapi guna dua keping roti sahaja..... 



p.s saya suka chives ... kadang kadang mayang halus .. letak juga.. yummm nak beli chives la.. esok masuk chives .. yum... lupa pulak... cold sebab saya suka sejukkan sebelum makan :D .. set peti ais ke 1 darjah.. letak 10 hingga 15 minit kot...

Sunday, February 12, 2012

Alicious recipe: Lempeng/crepe kosong

okay ni antara satu yang orang selalu tanya... kenapa lempeng kau buat lembut dan tak mengerutu/mengurutu?... dan setakat ini kawan aku  Hamreeza dia dan mak dia je pakai recipe lempeng macam ni... ok ok macammana lembut maka jawapan dia : TELUR

sebelum tu... jom tgk gambar sambal + lempeng ni dulu... bwahahhaha

 bahan-bahan:
2 - 3 cawan tepung
1 biji telur
air secukupnya

cara-cara:
campurkan air, telur dan tepung, masukkan air sedikit dahulu, sehingga adunan tersebut cair ... tapi jangan lah cari sangat pulak... tgk 2 gambar bawah.... dengan menggunakan penapis kasar, tapiskan adunan tersebut untuk membantu menghilangkan gelembung tepung, gunakan adunan yang telah ditapis juga untuk mencairkan baki gelembung tepung tersebut... takkan nak buangkan.. membazir...


sila adjust kecairan sehingga boleh menggelek adunan tersebut didalam kuali menjadi lempeng setipis lempeng dibawah... 
sila abaikan gula perang didalam lempeng... mak aku suka makan lempeng manis dengan sambal tumis ... maka sebab aku tak suka gula putih aku guna gula perang.. terima kasih pada 2 kawan aku Guido & Robin dari Netherland yang ajar aku makan crepe dengan  gula perang (air untuk adunan boleh la digantikan dengan susu untuk crepe ya)




 sebelah kiri nampak macam lempeng sedikit gelap dari kiri sebab ada inti gula merah
 lagi gambar lempeng
cara menggoreng:
sapukan kuali dengan minyak,
dengan menggunakan senduk yang agak besar, cedok adunan tersebut, gelekkan kuali anda, goreng lempeng tersebut sehingga kering, terus gulung atau, anda boleh biarkan seketika sehingga sedikit keperang perangan .. jika suka

makan dengan sambal bilis paling best, kari dan asam pedas pun sodap

selamat mencuba dan jom makan :D


Alicious recipe: Sambal tumis bilis

tak ramai boleh buat sambal tumis sedap, setiap orang ada cara dia yang tersendiri, ada yang suka ada bawang hiris ada yang suka sambal tumis mereka super kering, ada yang suka masam masam... rumah aku... cuma masin dan manis...


bahan bahan:

4 sudu bawang blend
segengam ikan bilis putih
air
5/6 sudu  minyak masak
1 Sudu besar gula perang/brown sugar
1/2 Sudu besar garam
1/4 sudu kecil ajinamoto (jika anda guna)
 cara cara:
1. goreng dahulu ikan bilis, ketepikan.
2. tumis bawang blend dengan garam dan ajinamoto sehingga naik bau dan warna kuning keperang-perangan.
3. masukan cili kering blend
4. tumis sehingga warna sambal bertukar merah gelap, jika masih seperti gambar di atas anda mungkin masih memerlukan 5 minit lagi, kacau dengan consistant

5. bahagian paling rumit adalah untuk mendapatkan consistency sambal tumis macam mak mak kita dulu.... setakat ni aku jumpa sorang je kawan yang boleh masak sambal ala ala aku Aida Husaini.. p.s sambal dia lagi sedap dari aku... pfft sebab sambal dia ada asam jawa.... owh bapak Doria masak sedap, dia guna limau kasturi...

ok habis mengarut...anda perlukan  hampir 1/4 sehingga 1/2 cawan air, kalau suka , letak lah air limau kasturi sebiji besar, atau sedikit asam jawa, atau jika untuk asam pedas guna limau nipis....

dengan api yang paling kuat ... tangan kanan sentiasa mengacau, sambil masukkan air secara pelahan-pelahan untuk mengekalkan kaler dan kepekatan.. kalau dah jadi macam gambar atas tadi.. sila lah keringkan semula... wallah ni dia: nyum nyum tak?

6. Masukkan gula, tambah jika anda suka sambal yang pedas manis


QUICK FIX: Bawang Blend dan cili Blend

selalu orang tanya dengan aku.. macam mana kau masak  2-3 jenis lauk dalam masa 30 minit siap cuci kuali semua...

jawapan dia senang sahaja .. aku ada bawang blend dan lada kering blend dah siap dalam peti ais... p.s aku selalu guna bawang kuning but bawang merah pun ok



 Untuk bawang blend:


6 biji bawang merah/kuning
1 labu bawang putih
1 biji cili hijau
1 biji cili kering
cara-cara: kalau boleh ambil masa untuk hiris sebelum masuk blend.. kalau malas pun tak apa, masuk, blend dengan air sejuk, simpan dalam bekas yang bersih, masuk secepat mungkin dalam peti ais, walaupun akan digunakan sekejap lagi, dan gunakan sudu bersih setiap kali; untuk memastikan kita tidak contaminate bawang tersebut...


untuk cili kering blend:
250gm  cili kering kerinting (kurang pedas tapi beri pekat yang di kehendaki)
250gm cili kering tak berapa nak kering.. lol untuk pedas la... pe pun rujuk pix atas ni..

untuk sambal yang sedap, sebelum anda masak cili di atas, sila lah ambil masa untuk buang biji. rebus, dan buang airnya, blend dengan air panas, simpan secepat mungkin kedalam peti.. untuk tahan lama sila guna sudu bersih sentiasa

kalau family kamu memang suka pedas melampau.. guna lah yang pedas punya... dulu boleh la.. sekarang ibunda beta ada Ulcer perut.. so kena la sacrifices makan pedas pedas terpaksa makan pedas ketika di luar sahaja

untuk mereka yang selalu tanya kenapa sambal kami berbeza... ini jawapan dia..... p.s ada orang suka tambah halia... tapi bagi saya halia boleh ditambah kemudian sebab tak semua lauk sedap ada halia :D

Friday, February 10, 2012

Alicious Recipe: Ketupat Sotong ala alish

ye aku tau, macam poyo je kan nak letak ala alish la segala.. jangan salah faham.. ada banyak recipe.. asalnya ketupat sotong ni makanan orang timur... jadi... untuk sesuaikan dengan tekak sendiri terpaksa lah ubah suai... 
+ ok orang negeri sembilan  pun boleh bunuh aku sekarang.. sebab ini bukan authentic recipe masak lemak cili api.. maka jadilah ala alish

bahan yang di perlukan:


dalam lesung:
bawang kuning/merah
ikan bilis putih 15 ekot
dan cili api dalam 10 tangkai

ketupat sotong:
 pulut yang dimasak tanpa santan
dan sotong beberapa ekor kat sini ada 6 ekor

arahan: sumbatkan pulut kedalam sotong dan gunakan pencungkil gigi  to secure it.



dalam masa yang sama: renihkan dengan api pelahan 
2 biji santan perah dengan dua batang serai yang telah di ketuk, kacau selalu supaya tidak pecah minyak...

TUNGGU sehingga mendidih, masukkan bahan yang di tumbuk, kacau, masukkan pula sotong ketupat dan kacaukan... masukkan pulah, kacang panjang, tahu dan tempe...  apabila sudah kembali mendidih masukkan sayur kobis.. jangan lama sangat.. tak sedap..

akhir sekali masukkan dua helai daun kunyit.... (saya tak suka masak lemak kaler kuning so.. either kamu tumbuk kunyit bersama bawang tadi atau... tiru macam saya pakai daun kunyit.....)


saya makan dengan nasi sebab lapar... :D selamat mencuba....




Thursday, February 9, 2012

Alicious Recipe: Butter Prawn Ala 8kati

owh aku suka sangat makan kat lapan kati... .. korang leh google... untuk cuba 8kati.. lokasi kulai dan JPO....

ni cover menu 8kati

ni butter prawn lapan kati la hahah


recipe ni aku buat sendiri.. aku rasa dah sama lebih kurang dah dengan diaorang punya tapi .. cuba lah eh

bahan bahan:


15 ekor udang (kalau boleh guna udang laut.. udang bela macam dalam gambar ni tak sedap)
3 sudu besar tepung jagung atau tepung ubi atau tepung kentang/potato starch
1 biji telur
3 ulas bawang putih (cincang halus kalau tak suka tergigit .. cukup dengan ketuk)
5 cili api  (bukan cili thai-hiris halus tambah kalau suka pedas)
1 helai daun limau purut yang muda (hiris halus -p.s amik satu bahagian je dari sehelai tu)
beberapa helai daun kawi (dihiris halus... lagi banyak lagi wangi kalau tak suka letak je sehelai dua besar besar senang nak buang)

untuk sauce:
4 sudu besar butter
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar susu segar (kalau tak ada boleh kot kanti dengan susu isian sejat)


cara-cara:
1. salut udang dengan telur... masukkan satu satu kedalam tepung jagung...goreng dengan minyak masak... jangan over cook.. cukup sekadar masak di bahagian luar... ketepikan...

 2. buang separuh daripada minyak baki goreng udang tadi.. tinggalkan dalam satu sudu
masukkan bawang putih yang dicincang halus... jangan goreng sehingga keluar warna...
masukkan butter, susu pekat dan susu biasa, masukkan udang... masukkan dedaun dan cili api ... terus matikan
 hidang la kat pinggan cun anda

ehhh lupa pulak... garam secukup rasa :D.. hehe maaf saya ni pelupa :D

Alicious Recipe: Kek Cokelat 14 tingkat

hasil dari nasihat kawan kawan maka saya akan mula menulis didalam bahasa Malaysia.. sila betulkan saya ... memang dari dulu tak kira apa bahasa sekali pun.. yang di jauh saya dekatkan yang di dekat pula saya jauhkan... ok bab 14 tingkat tu pu tipu :D hahaha so kalau pandai budget boleh dapat dalam 5 sehingga 6 lapis.....


pukul 
2 biji telur dengan 1 cawan gula
sampai putih
masukkan 1 cawan susu pekat manis
Satu cawan minyak
1 sudu vanilla




pukul sikit
masuk kan 2.1/4 cawan tepung +
1/2 cawan koko +
2 sudu bikarbonate yang telah diayak





kacau rata + slepas tu satu cawan air panas
kacau lagi guna tangan tau jgn mesin
pastu



masuk dalam cake tin aku pakai 2 X 6" cake tin.. cepat sikit.. malas nak potong.. sememeh... dalam 4 senduk sekali masuk..


pastu bakar dalam suhu 170 untuk 15-25 minit setiap layer... baik pakai lidi je senang
kalau masa keluar ada lagi yg lembik (tak keluar dalam keadaan bersih) maksud belum siap masak...

untuk cream: sorry aku dalam keadaan malas ni , dengan harapan korang dah ada recipe sendiri....

so
 pukul
1 1/2 cawan butter cream +
1 1/2 cawan chocolate ganache...

(nanti aku letak dalam separate post.. pastu link balik yerr...)
bawah ni cara cara aku lapiskan setiap layer... jangan lupa tunggu sejuk dulu kek tu...




baki chocolate ganache tu... gunalah untuk topping.. bagi camtep lebey sikit






 wallah... siap... sebelum potong.. sejukkan dalam peti ais selama 1/2 jam .. sekurang kurangnya.. set la peti tu 1 darjah celsius ok....