Showing posts with label stirfry. Show all posts
Showing posts with label stirfry. Show all posts

Tuesday, January 15, 2013

Alicious Kitchen: Pad Prik King

Watched this vids to get some idea how to stir fry pad prik

Seeing from the final product and ingredient,  that should be how to stir fry the original Thai pad prik,  a little different from how Malaysian Kelantanese does their padprik . i need to guess how too cook it myself as always base on my tongue from my favorite stall ... so here we go

Bahan-Bahan:
1/6 ekor ayam... bahagian punggong peha potong kecil
1 sudu besar tepung
1/4 Labu bawang besar 
3 ulas bawang putih di ketuk
1 batang serai di potong 3 dan di ketuk
5 biji cili api di ketuk
5-7 helai daun limau purut.. kalau tak ada banyak 2 cukup tapi hiris halus
1/2 batang lada merah dan hijau untuk hiasan
1 sudu cili giling (saya guna koko mas sambal... sebab tak siang lagi lada kering)
sedikit halia 
dan lengkuas (jika mau)
1 sudu kecil minyak bijan
Sedikit broccoli atau cauliflower 

bahan-bahan kuah:
campurkan:
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos ikan
2 sudu besar kicap cair
5 sudu air





1. Gaulkan ayam dengan satu sudu tepung

 2. goreng hanya untuk seal the juices, jangan garing


 3. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau... masukkan serai dan halia  + lengkuas kalau mahu

 4. masukkan satu sudu cili giling dan cili api

5. Masukkan  kacang panjang , brokolli, ayam dan daun limau purut


6. kacau rata, masukkan campuran kuah tadi, biarkan renih seketika, serasa kan garam, masukkan minyak bijan dan lada hiris selepas api di tutup...


makan dengan nasi panas :D huhuh 


Thursday, February 9, 2012

Alicious Recipe: Butter Prawn Ala 8kati

owh aku suka sangat makan kat lapan kati... .. korang leh google... untuk cuba 8kati.. lokasi kulai dan JPO....

ni cover menu 8kati

ni butter prawn lapan kati la hahah


recipe ni aku buat sendiri.. aku rasa dah sama lebih kurang dah dengan diaorang punya tapi .. cuba lah eh

bahan bahan:


15 ekor udang (kalau boleh guna udang laut.. udang bela macam dalam gambar ni tak sedap)
3 sudu besar tepung jagung atau tepung ubi atau tepung kentang/potato starch
1 biji telur
3 ulas bawang putih (cincang halus kalau tak suka tergigit .. cukup dengan ketuk)
5 cili api  (bukan cili thai-hiris halus tambah kalau suka pedas)
1 helai daun limau purut yang muda (hiris halus -p.s amik satu bahagian je dari sehelai tu)
beberapa helai daun kawi (dihiris halus... lagi banyak lagi wangi kalau tak suka letak je sehelai dua besar besar senang nak buang)

untuk sauce:
4 sudu besar butter
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar susu segar (kalau tak ada boleh kot kanti dengan susu isian sejat)


cara-cara:
1. salut udang dengan telur... masukkan satu satu kedalam tepung jagung...goreng dengan minyak masak... jangan over cook.. cukup sekadar masak di bahagian luar... ketepikan...

 2. buang separuh daripada minyak baki goreng udang tadi.. tinggalkan dalam satu sudu
masukkan bawang putih yang dicincang halus... jangan goreng sehingga keluar warna...
masukkan butter, susu pekat dan susu biasa, masukkan udang... masukkan dedaun dan cili api ... terus matikan
 hidang la kat pinggan cun anda

ehhh lupa pulak... garam secukup rasa :D.. hehe maaf saya ni pelupa :D