Showing posts with label udang. Show all posts
Showing posts with label udang. Show all posts

Saturday, December 15, 2012

Alicious Recipe: Egg Fried Rice

owh dah lama tak tulis.. lama betul.. rasa macam sekejap je masa berlalu...  ni bagi tau .. bahan yang tak ada tomato sahaja... huhu baki nasi memang tak patut buang so dua hari ni asyik goreng nasi je ... semalam nasi goreng kampung ibu.. harini egg fried rice... ada satu lagi egg fried rice bawang goreng.. insyaAllah kalau ada rasa nak makan nasi goreng bawang goreng aku tulis lagi
Bahan-bahan:
2 cawan nasi sejuk
satu biji telur
8 ekor udang
1 ulas bawang putih
1 pokok daun bawang di hiris halus
1-2 sudu light soy
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar minyak bijan
1 biji tomato di hiris jika ada
 Cara-cara:
 
Gorengkan udang jangan sampai masak hanya untuk ambil sedikit bau udang masuk ke minyak

keluarkan udang.... masukkan bawang putih dan telur... kacau telur didalam kuali seolah olah seperti buat telur hancur sebelum kering masukkan nasi sejuk tadi kacau rata... masukkan sebiji tomato di hiris jika ada


masukkan daun bawang , lada sulah dan kicap cair

goreng garing dan sebelum padamkan api masukkan minyak bijan

untuk aku


untuk ibu
owh aku tak nak pakai garam masa goreng telur tu so ... masuk kicap lebih sikit.. kalau tak suka lada sulah boleh kurangkan.. tapi egg fried rice ni penyebab naik bau memang lada sulah dan minyak bijan... aku sangat suka .. kalau arwah ayah aku ni mesti dia letak satu sudu butter... tapi aku tak suka.. sebab dah ada dua jenis minyakkan

Sunday, July 22, 2012

Alicious Recipe: Sago Char

ahhh aku tak boleh tidur dek gastrik.... 

apa pun pengaruh tengok ho-chak la ni...  of coz kalau aku pergi penang cuba pun tak halal kan... cari punya cari akhirnya aku buat gakla recipe ni

Bahan Bahan 1: 
300gm biji sagu saiz kecil 



stim la sebab aku rasa lebih mudah untuk uruskan... dia ada cara lagi satu... basahkan sagu tu ..  bentukkan macam putu piring macam tu pastu rebus pakai jaring masakkan .... angkat terus masuk dalam air sejuk

 kalau stim... basuh biji sagu tu sikit.. jangan rendam ok.. terus masuk dalam loyang.... stim sampai agak agak dah masak semua


Bahan-Bahan untuk menggoreng:
3 sudu besar bawang blend
2 sudu besar cili kering
2 sudu besar dark soy
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar light soy
1 sudu besar kicap masin biasa
1/3 cawan udang kering yang telah direndam dan di cincang kasar
1 cawan tauge yang telah di siang
1/3 cawan daging ayam hiris halus
1/3 cawan udang yang sudah dikupas
1/3 cawan kerang rebus
2 batang daun kucai di potong 1 1/2 inci panjang
owh jgn lupa sagu yang telah di stim tadi ... hiris kiut kiut ... ada orang bagi tips lepas potong masuk lam air sejuk.. since aku tak suka mee yang telalu basah aku tak buat



cara caranya :

1. goreng udang kering tadi angkat asingkan

2. gaulkan sagu tadi dengan dark soy, light soy , sos tiram dan kicap masin biasa

 3. tumiskan bawang blend sehingga garing

4. masukkan cili kering , tunggu sehingga naik minyak masukkan  ayam... pastikan ayam sudah masak tutup api... masukkan udang, udang kering, sagu disalut kicap,  kacau rata, bila dah rata hidupkan api... process ni penting untuk pastikan satu tidak melekit

agak agak dah sebati... masukkan kerang, kucai.. kacau rata, masukkan tauge... terus tutup api... rasa sikit la kalau tak masin boleh guna light soy tambah sikit...


hiriskan daun bawang , lada merah dan lada hijau dan tabur atas sago char sebelum disajikan


aku suka pedas so makan dengan cili api merah komersial yang dah dihiris kecil dan rendam dalam light soy... adeh bau dia tak boleh tahan....

tu je la recipe dia... adeh... sakit pinggang pulak dah.... p.s agak agak malas pakai kue tiaw sudah huhuhu

Thursday, February 9, 2012

Alicious Recipe: Butter Prawn Ala 8kati

owh aku suka sangat makan kat lapan kati... .. korang leh google... untuk cuba 8kati.. lokasi kulai dan JPO....

ni cover menu 8kati

ni butter prawn lapan kati la hahah


recipe ni aku buat sendiri.. aku rasa dah sama lebih kurang dah dengan diaorang punya tapi .. cuba lah eh

bahan bahan:


15 ekor udang (kalau boleh guna udang laut.. udang bela macam dalam gambar ni tak sedap)
3 sudu besar tepung jagung atau tepung ubi atau tepung kentang/potato starch
1 biji telur
3 ulas bawang putih (cincang halus kalau tak suka tergigit .. cukup dengan ketuk)
5 cili api  (bukan cili thai-hiris halus tambah kalau suka pedas)
1 helai daun limau purut yang muda (hiris halus -p.s amik satu bahagian je dari sehelai tu)
beberapa helai daun kawi (dihiris halus... lagi banyak lagi wangi kalau tak suka letak je sehelai dua besar besar senang nak buang)

untuk sauce:
4 sudu besar butter
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar susu segar (kalau tak ada boleh kot kanti dengan susu isian sejat)


cara-cara:
1. salut udang dengan telur... masukkan satu satu kedalam tepung jagung...goreng dengan minyak masak... jangan over cook.. cukup sekadar masak di bahagian luar... ketepikan...

 2. buang separuh daripada minyak baki goreng udang tadi.. tinggalkan dalam satu sudu
masukkan bawang putih yang dicincang halus... jangan goreng sehingga keluar warna...
masukkan butter, susu pekat dan susu biasa, masukkan udang... masukkan dedaun dan cili api ... terus matikan
 hidang la kat pinggan cun anda

ehhh lupa pulak... garam secukup rasa :D.. hehe maaf saya ni pelupa :D