Showing posts with label malay cuisine. Show all posts
Showing posts with label malay cuisine. Show all posts

Tuesday, June 5, 2012

Alicious Recipe: Kari Kepala Ikan

Masih tunggu ibu balik  dari masjid.... tak ada mood nak buat benda lain so i guess blogging will help...

hoho yup kari ikan di malam hari ... oleh kerana ibu gi masjid tak boleh la iftar sama sama.. so makan roti... sambil masak-masak

Bahan - Bahan: 

Kepala ikan saiz serdahana di belah dua
4 Sudu besar bawang blend
halia sebesar ibu jari
3 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu besar serbuk kari daging
4 sudu tomato sauce
2 tangkai daun kari
1 biji lada merah (untuk hiasan)
1 biji lada hijau (untuk hiasan)
3 biji bendi (tak cukup sila tambah...)
4 ulas bawang kecil -mayang (warna purple muda bukan purple tua.. label biasa french onion)
3 ulas kecil bawang putih  -mayang
1/2 cawan air
1 cawan santan sedahana pekat


Tumiskan bawang blen dengan halia sehingga kekuningan.. jangan sampai garing

masukkan rempah kari ... 

tomato sauce...  ye agak pelik tapi sedap .. betul.. kalau tak nak jugak ganti dengan sebiji tomato kalau tak nak jugak... ok fine

masukkan kepala ikan dan daun kari 

masukkan santan ...cairkan kepekatan mengikut citarasa anda dengan air.. saya suka kari yang pekat.. so saya letak cuma 1/2 cawan air... kadang kadang sampai 3/4 cawan.. tengok mood ....  kacau seketika.. kalau tgk aku masak dua dua belah... tapi sebab aku tinggal dengan mak.. ini cara aku untuk jimatkan masa dari masak banyak kali terutama kalau aku sibuk buat kerja dan aku terpaksa tinggal kan ibu.. asing kan satu kepala dalam glasslock terus masuk dalam freezer... 

goreng bawang kecil dan bawang putih untuk dijadikan bawang goreng

masukkan lada untuk hiasan.. bawang goreng

mesti korang tanyakan kenapa bendi asing.. sebab aku nak pastikan lauk tak cepat basi... maka ini cara dia...  kenapa 3 .. huhu sebab aku dengan ibu je la makan

rebus asing ..... angkat terus masukkan dalam kari 

kacau seketika.. dan masukkan dalam bekas lauk... wallah... siap kari harini


untuk yang di simpan dalam freezer tu.. kalau dah masa nak makan cuba tinggal panaskan letak sikit air.. buat semula bawang goreng baru dan bendi baru... 

Friday, February 10, 2012

Alicious Recipe: Ketupat Sotong ala alish

ye aku tau, macam poyo je kan nak letak ala alish la segala.. jangan salah faham.. ada banyak recipe.. asalnya ketupat sotong ni makanan orang timur... jadi... untuk sesuaikan dengan tekak sendiri terpaksa lah ubah suai... 
+ ok orang negeri sembilan  pun boleh bunuh aku sekarang.. sebab ini bukan authentic recipe masak lemak cili api.. maka jadilah ala alish

bahan yang di perlukan:


dalam lesung:
bawang kuning/merah
ikan bilis putih 15 ekot
dan cili api dalam 10 tangkai

ketupat sotong:
 pulut yang dimasak tanpa santan
dan sotong beberapa ekor kat sini ada 6 ekor

arahan: sumbatkan pulut kedalam sotong dan gunakan pencungkil gigi  to secure it.



dalam masa yang sama: renihkan dengan api pelahan 
2 biji santan perah dengan dua batang serai yang telah di ketuk, kacau selalu supaya tidak pecah minyak...

TUNGGU sehingga mendidih, masukkan bahan yang di tumbuk, kacau, masukkan pula sotong ketupat dan kacaukan... masukkan pulah, kacang panjang, tahu dan tempe...  apabila sudah kembali mendidih masukkan sayur kobis.. jangan lama sangat.. tak sedap..

akhir sekali masukkan dua helai daun kunyit.... (saya tak suka masak lemak kaler kuning so.. either kamu tumbuk kunyit bersama bawang tadi atau... tiru macam saya pakai daun kunyit.....)


saya makan dengan nasi sebab lapar... :D selamat mencuba....