Sunday, July 22, 2012

Alicious Way: Kerang rebus extra succulent

aku paling pantang makan kerang terlebih masak... so aku bagi tips... 

1. rebus 2 batang serai  matang + halia sebesar ibu jari... bila dah mendidih masukkan 1/2 labu bawang merah + 3 ulah bawang putih ketuk.... garam secukup rasa.. agak agak la.. kalau lala dengan kerang diaorang memang agak masih sebab lepak kat air laut kan hak hak... 

2. bila mendidih lagi sekali masukkan kerang... tunggu satu minit.... tutup api.... bawak pergi sink.... tunggu 2 minit lagi terus toskan.... biar seketika sebelum mula buka dan cecah dalam sambal belacan... yum yum... 



ni gambar bila aku kupas untuk masak mee ... kalau tak nampak juicy + succulent macam ni .. maksudnya ko memang dah telebih masak ... ok?


Saturday, July 21, 2012

Cerita karipap pusing untuk breakfast pertama

so semalam semangat la... asal nak buat karipap sardin kentang biasa je tapi memang susah nak  cerita bab recipe... sebab aku memang main tibai .. rumah jarang ada tepung ubi ..  tepung gandum dengan tepung beras je.. percaya tak... tapi memang sedap... 2/10 tepung ubi dan selainnya tepung gandum .... untuk setiap 150gm tepung yang dah campur.. aku pakai 2 sudu besar minyak masak + 25 gm butter + 1 sudu besar vegetable shortening .... dont ask me memang ni bukan recipe authentic tapi  guna apa je ada kat umah...

sebelum masuk air sejuk

 lepas masuk air sejuk


gulung macam buat swiss roll kan tapi lepas tu potong.. flatkan ... boleh nampak tak gulung gulung dia.. ah lantak la... herot berot
 potong

 gambar cubaan cubaan kelim tanpa pre-acuankan karipap... entah aku rasa kalau aku roll sendiri mesti macam pelik .. la lembik la... haih entah... sedikit teknologi moden tak salahkan >.< WEAK ada je alasan...

sebenarnya dah malas nak cari acuan tu....  tapi bila dah siap .. frust juga tengok sebab saiz tak sama... claim pun hodoh... 

dan hasilnya tu dia sebelah kiri bawah... harini tak makan kat rumah sendiri maka pot luck aku bawak sambal tumis udang... agar agar telur dan karipap yang lain Yah masak... ngeh ngeh lauk dari umah atuk sedara pun ada... naga sari durian, bubur lambuk, bubur pulut hitam... naik pening aku nak pilih... at the end aku makan sambal goreng dengan sambal belacan + ayam goreng je ...  yang aku bawak aku tak sentuh... tak tau nak minum + makan yang mana..... aku pun bawak air dragon fruit aku.... kat umah mak memang dah ada air teh susu + air oren... sampai sekarang rasa tekak kering huhuhu




Monday, July 2, 2012

Bubur tumis rempah universal

lai lai lai bubur ayam, bubur kambing bubur daging, bubur udang, bubur ketam ... 

ya universal sebab bukan satu jenis je.. resipi ni boleh guna untuk semua .. yelah lagi ada babykan... asyik bubur kosong je... aiyahh sesekala dengan rempah ok jugak :D ....

tapi maaf la ... recipe ni campak baling... tengok selera tekak ... banyak bahan optional... plan plan kayuh sama sama ok


BAHAN-BAHAN (Serve 3-4pax)

3/4 cawan  beras
4 ++cawan air 
1/4 cawan  kacang tanah (optional)
1 biji kentang, dadu kecil
setengah biji  lobak merah,  dadu kecil
halia muda sebesar ibu jari, mayang  halus
daun sop/saderi untuk hiasan
daun bawang untuk hiasan

1 biji buah pala, 2 cengkih , 1 batang kayu manis-kecil, 1 bunga lawang pun kecil

3 ulas bawang merah kecil   , mayang halus
2 ulas bawang putih, mayang halus
1 sudu  besar minyak sapi (optional)
1 sudu kecil lada sulah
beberapa  titis minyak bijan(optional)
garam


1 sudu besar rempah bryani  untuk daging lembu/kambing/1 sudu kecil  untuk udang ketam dan ikan 




satu cawan udang /+- 12 ekor ATAU seekor ketam saiz
serdahana  potong empat/ dua  ekor kalau ketam kecil sangat ATAU satu cawan daging/kambing dadu kecil bersama air rebusan daging ATAU Ikan  Senangin  saiz kecil -siang dan belah empat.




CARA-CARA MEMASAK
STEP 1:
Masak bubur bersama kacang tanah dan kentang sehingga kentang empuk .... saya guna pink potato

(jika kambing/ lembu, kurang kan air dan masukkan daging dan air rebusan pada saat ini)
(masukkan buah pala, kayu manis, bunga lawang, cengkih pada saat ini jika tidak guna rempah bryani)


STEP 2:
Bila kentang dah empuk masukkan carrot, halia muda dan mula buat bawang goreng dengan minyak yang sedikit
(masukkan buah pala, kayu manis, bunga lawang, cengkih pada saat ini jika guna rempah bryani)
(Masukkan ketam /ikan pada saat ini)

STEP 3: 
Bila dah separuh garing masukkan satu sudu besar minyak sapi dan rempah bryani, kacau seketika 
(biasa daging  rempah bryani lebih kan sedikit dari satu sudu.... aku suka color dia  maka adjust la kalau tak suka... macam biasa kalau tak nak ... abaikan bahagian cerita rempah bryani ni)



STEP 4:
saya masukkan satu-dua senduk bubur  kedalam kuali bawang goreng sebab konon konon senang nak cuci rempah pun tak membazir ... sebab ada minyak sapi kan.. tapi vice verse pun boleh



STEP 5:
renih kan lagi dalam masa 3-4 minit...
saya suka bubur yang tak pecah dan berair kanji macam ni ... so 3-4 minit cukup untuk sebatikan.. tapi kalau suka bubur lembik dan pecah,  renih la lama sikit... kacau dan tambah air secukupnya....

 p.s garam tu adjust sendiri ok...

STEP 6:

Siap untuk di sajikan,  masukkan 2 jenis daun tadi.... saderi dan daun bawang,

udang,

lada sulah, dan beberapa titik minyak bijan ... kacau sedikit... sedia untuk di hidang....



ni gambar bubur kambing



ni pulak bubur udang....



udang ketam dengan ikan memang tak sedap terlebih masak... bubur kan simpan panas...  jangan risau.... confrm udang tu masak ngam ngam dengan timing dia....

ayam, udang dengan ikan kalau tak ada rempah bryani pun tak apa.. janji yang 4 sekawan tadi masuk di step pertama

Tuesday, June 5, 2012

Alicious Recipe: Kari Kepala Ikan

Masih tunggu ibu balik  dari masjid.... tak ada mood nak buat benda lain so i guess blogging will help...

hoho yup kari ikan di malam hari ... oleh kerana ibu gi masjid tak boleh la iftar sama sama.. so makan roti... sambil masak-masak

Bahan - Bahan: 

Kepala ikan saiz serdahana di belah dua
4 Sudu besar bawang blend
halia sebesar ibu jari
3 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu besar serbuk kari daging
4 sudu tomato sauce
2 tangkai daun kari
1 biji lada merah (untuk hiasan)
1 biji lada hijau (untuk hiasan)
3 biji bendi (tak cukup sila tambah...)
4 ulas bawang kecil -mayang (warna purple muda bukan purple tua.. label biasa french onion)
3 ulas kecil bawang putih  -mayang
1/2 cawan air
1 cawan santan sedahana pekat


Tumiskan bawang blen dengan halia sehingga kekuningan.. jangan sampai garing

masukkan rempah kari ... 

tomato sauce...  ye agak pelik tapi sedap .. betul.. kalau tak nak jugak ganti dengan sebiji tomato kalau tak nak jugak... ok fine

masukkan kepala ikan dan daun kari 

masukkan santan ...cairkan kepekatan mengikut citarasa anda dengan air.. saya suka kari yang pekat.. so saya letak cuma 1/2 cawan air... kadang kadang sampai 3/4 cawan.. tengok mood ....  kacau seketika.. kalau tgk aku masak dua dua belah... tapi sebab aku tinggal dengan mak.. ini cara aku untuk jimatkan masa dari masak banyak kali terutama kalau aku sibuk buat kerja dan aku terpaksa tinggal kan ibu.. asing kan satu kepala dalam glasslock terus masuk dalam freezer... 

goreng bawang kecil dan bawang putih untuk dijadikan bawang goreng

masukkan lada untuk hiasan.. bawang goreng

mesti korang tanyakan kenapa bendi asing.. sebab aku nak pastikan lauk tak cepat basi... maka ini cara dia...  kenapa 3 .. huhu sebab aku dengan ibu je la makan

rebus asing ..... angkat terus masukkan dalam kari 

kacau seketika.. dan masukkan dalam bekas lauk... wallah... siap kari harini


untuk yang di simpan dalam freezer tu.. kalau dah masa nak makan cuba tinggal panaskan letak sikit air.. buat semula bawang goreng baru dan bendi baru... 

Monday, May 28, 2012

Alicious Recipe: Sotong Halia Cili Api

dik kerana tak leh nak puasa di bulan rejap yang best ni.. aku pun kelaparan lepas hantar Kek En Ayie... fikir punya fikir punya fikir.. rasa macam nak makan sesuatu yang boleh menyebabkan perut extremely panas...

teringat kak fidd... nak mintak recipe.. rasa dah kesekian kalinya mintak.. nak pakai recipe sotong halia biasa... rasa tak dapat la panas perut.. tapi akhirnya pakai gak recipe sotong halia biasa... cuma.. segalanya di tumbuk... hohohoiiii mari kita mulakan


Bahan-bahan:

Halia sebesar ibu jari
20 biji cili api kampung
2 sudu bawang blend 
1 sudu kecil kunyit garam
garam secukup rasa

Tumbuk halia dan cili api dahulu

 masukkan kunyit garam dan bawang blend.. kacau rata


 tumis minyak + bahan bahan sehingga separuh garing

 masukkan sotong .... matikan api setelah 30 saat... sotong tak boleh terlebih masak.. kalau agak agak selama ni makan .. sotong tu rasa liat... maksudnya memang terlebih masak

 Makan dengan nasi panas.. huhuhu .. mana garam? biasa la garam adjust sendiri



Tahukah anda... kebiasaannya jika ada baki saya goreng semula dengan nasi... waaa yum yum X 150 ok

Sunday, May 27, 2012

QUICK FIX: Kunyit Garam

3 saiz ibu jari kunyit hidup
10 sudu besar garam +- (kalau kunyit tua tambah 1 sudu - 2 sudu garam, kalau kunyit muda.. kurangkan 2-3 sudu garam)

tumbuk lumat.... susuai untuk ikan goreng, dan apa apa yang pelukan kunyit... lebih tahan lama lebih sedap..

kunyit ni sesuai untuk ikan mahal biasanya... ungah, senangin, parang.. rasa dia lebih sedap ... tapi kalau setakat nak goreng selar, kembung.. entah.. memang kurang sikit rasa dia... lebih sedap pakai kunyit serbuk...

Monday, May 21, 2012

Alicious Recipe: Sizzling Japanese Tau-foo with out the hot plate :(

okay... aku suka gila makan menu ni kat DAMAI seafood ... kat lapan kati pun ok.. tapi cuba gak nak buat sendiri... 


Bahan-bahan:
2 tiub tahu telur/japanese taufoo
4 ulas bawang putih dadu halus
50-100gm ayam cincang (jika mahu)
1 biji cili merah - buang biji dan dadu halus
sedikit halia
2 cendawan shiitake kering di rendam dan di hiris
1 biji telur dipukul dengan 1 sudu air 
1 sudu besar tepung jagung
1-2 pokok daun bawang -hiris halus

Bahan-Bahan sos:
dalam mangkuk campurkan
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar air
1/4 sudu kecil serbuk lada putih
beberapa titis minyak bijan


1. mula-mula goreng dulu tahu tersebut sehingga garing
2. untuk sediakan sos
a. tumis bawang putih, lada dan halia sehingga naik bau.
b. masukkan semua bahan sos bersama cendawan shitake yang telah direndam dan di hiris. ketepikan setelah mendidih (kalau nak masukkan ayam cincang kasar.. ini lah masanya... salam 50gm cam tu)



sebab tak ada hotplate.. panaskan bekas lauk yang tahan panas.... masukkan telur yang telah dipukul tadi.. ratakan telur tersebut ... biarkan seketika sehingga separuh masak

masukkan tahu yang telah digoreng


sebelum masukkan sos tadi.. masukkan tepung jagung yang telah di gaul rata dengan air... baru tuangkan ke atas tahu dan telur tadi... hiaskan dengan daun bawang... makan dengan nasi beras wangi panas

 jika kurang rasa masin.. tambahkan sos cair  dan gaul rata


sama tak?

Wednesday, May 16, 2012

Alicious Recipe: Malaysian Fusion Capellini al nero di seppia

Alicious Recipe: Malaysian Fusion Capellini al nero di seppia (Pasta Capelini masak dakwat sotong hitam)

asalnya terfikir nak buat pasta sendiri.. sebab sepatutnya didalam pasta tersebut juga terdapat ink sotong hitam.. walaubagaimanapun... sebab Ibu saya boleh terima sesetengah jenis pasta sahaja maka terpaksala.. fikir jenis masakan yang sesuai.. kalau dirumah orang lain kebanyakkan sambal sotong, ink sotong akan di buang tapi tidak dirumah saya.. di situ saya ambil inspirasi untuk membuat recipe pasta ini

(Ditulis Khas untuk adik Hafeez yang jauh diperantauan... macam tak sesuai pulak bagi resipe pasta.. patut sambal tumis ke apa ke ye)

Bahan - Bahan:


5 ulas bawang putih, mayang (aku suka bawang putih biasa pakai sampai 10 biji)
1 ekor sotong hitam saiz besar atau dua saiz kecik (kalau boleh lain kali masak simpan kantung dakwat sotong sebab perlu 3-4 baru cantik.. kalau tak .. tak cantik macam bawah ni)
2 sudu besar bawang blend/tumbuk
1 sudu besar cili giling
2 sudu besar marinara sauce/ tomato puree (1 sudu besar + 1/4cawan pati sayur atau air)
1 sudu besar kecil italian spice.. kalau tak ada basil cukup secubit dua (sila abaikan bahan ini jika guna sos sedia siap di pasaran= guna sahaja tomato speghetti kimball.. saya cadangkan basil and garlic)
beberapa hiris lada benggala
sedikit parsley kalau ada.... flat/Italian parsley
secubit black papper
1-2 sudu besar Parmesan cheese.. kalau suka.. kalau tak.. garamkan secukupnya
garam yang banyak untuk pasta

Cara-cara:


masak pasta 1/3 kotak capellini didalam air garam yang secukupnya mengikut arahan dibelakang kotak

tumiskan bawang putih sehingga keemas-emasan, masukkan bawang blen.... tumis sehingga sedikit kekuning kuningkan








masukkan cili giling tumis sehingga naik minyak, masukkan sos tomato dan Italian herb/basil
(marinara/puri/sos spaghetti ).. tumis sehingga naik minyak
setelah naik minyak.. masukkan kantung dakwat sotong tumis sehingga rata baru masukkan sotong dan lada benggala... jangan kacau dahulu kerana sotong jika telalu masak akan keras kejung
masukkan pasta.. gaul rata .. pastikan api kuali di kecilkan ... 


masukkan cheese jika suka, taburkan parsley pada ketika ini jika ada... yummm

letak atas pinggan

 taburkan sedikit lagi cheese kalau mahu

huhu lapar balik sudah.... 





 saya sentiasa gunakan jenama ini.. tapi jika mahu pasta yang betul betul ada tanda halal dari JAKIM Malaysia.. gunalah jenama Agnesi
San Remo pula dia ada pasta untuk kaki diet.. wholewheat dan gluten free...  tapi capellini rasa san remo tak ada.. kureng sikit guna jenama ni sebab too starchy .... agnesi ok kowt... 

Nota Kaki: 
kalau boleh langsung tak nak letak tomato paste.. mesti macam sambal sotong kat umah.. yumm yummm

Recipe Asal:
http://italianfood.about.com/od/fishsauces/r/blr0053.htm